Posts

Showing posts from January, 2014

hurt.

Assalamualaikum.

hari ni perempuan itu jatuh lagi.
dibadai hanya angin sepoi tapi sudah rebah.
macam dibadai ribut kencang.

dalam gelap dia teraba raba cahaya.
membuka laptop dan menaip.
tidak dipeduli masih ada manusiakah yang mahu tahu tentang kisah dia.
dia hanya mahu menulis.
menulis apa yang dah merobek jiwanya.
yang dah menitiskan air mata yang mahal untuknya ditunjukkan buat umum.

people change. don't trust them.
don't ever trust them. you will be hurt.
tiada apa yang mahu diungkapkan perempuan itu.
dia hanya boleh menaip terus dari hati.
mulut terkunci mata sayu.
otak berkecamuk fikirkan macam mana dia nak hadapi benda ni.

dalam sedih dia terus tertidur.

konflik.

Bismillahirahmannirrahim...

ada satu cerita. ada satu perempuan. tapi banyak konflik.

Perempuan tu tahu kalau dia bercakap dia akan melukakan hati orang lain lalu dia memilih untuk diam dan melarikan diri. Bukan lari dari masalah tapi dia perlu ruang dan masa untuk dia berfikir secara waras. Pada perempuan tu sikap baran dah menjadi sebahagian hidupnya. Tapi dia juga tak nak sikap baran masih bersarang dalam jiwanya.

kesannya, bukan hanya pada orang yang dia sayang tapi jugak pada diri dia. jadi, dia cuba untuk berubah. tak dapat banyak, sikit pun jadi lah.. bak kata matluthfi tak dpt pahala berhenti dapat pahala cuba pun jadi lah.

Perempuan tu seolah sedang terperangkap dalam diri dia sendiri. dalam dunia dia. Berkelahi dengan ayat dan berperang tanpa peluru. Minda mencari jalan mencari kehidupan. tapi kerap tersesat dan dan diacu dari belakang.

ziemah. rasa takut bukan untuk dinikmati tapi untuk dihadapi.