Posts

Showing posts from December, 2013

jiwa.

Bismillah.

hampir serabut aku fikir kan akhirnya aku beranikan diri.
aku pulang ke rumah dan kentalkan diri utk hadapi.

dan macam biasa. seribu rasa bertandang pada jiwa aku.
betul ke aku tidak diundang dalam keluarga ini?
benci sangat ke mereka dgn jasad ini?

ya, celakanya mulut ini mungkin sebabnya.
tapi aku juga manusia. aku juga buat silap.


kuncikan diri di dalam bilik yang kosong.
bukan kosong kerna tiada brg tapi jiwa aku yang kosong.
menampakkan tiada apa lagi yang perlukan aku disini.

sakit. pedih. terobek.

aku cuba nak rapat. tapi cara mereka terlalu kasar.
atau aku yg susah nak faham? atau aku yang mulakan kasarnya?