Posts

Showing posts from August, 2013

Tolong, maafkan aku.

Sudahlah. Cukup.
Aku dah penat minta maaf. Pada org sama.
Dah berbulan.  Kamu masih begitu.
Aku dh cuba bukan tak cuba.
Aku mungkin tak kenal aku jenis mcm mana.
Aku dah buat salah. Aku tak sedap hati.
Aku tak tenang.Tolong.
Jangan buat aku mcm ni.Walaupun aku tak tau mana satu salah aku.

Angin.

selamat malam dunia.
aku masih di sini.berdiri rapuh merempuh jalan berliku.
Mengharap semua perasaan itu hilang.
Betrbangan mengikut arus angin.Pastu tak payah aku tak tentu arah mcm ni.

.

walau apapun jadi --
aku tetap sayang kamu.

selamat hari raya diri sendiri.

selamat hari raya.
ini ja yang mampu.

rumah aku macam biasa.
takdak beza. senyap.

aku punya lah sasau nak dekat habis ramadhan ni,
asik nak merengus je. dah macam badak. hihi

takde mood nak raya.
itu je yg mampu kata.

selamat malam dunia.
insyaAllah. semoga berjumpa esok :)

ayah.

dalam hidup aku, ada sorang lelaki yang sukar untuk dimengerti. ayah.
kami jarang bersembang. sepatah dan sepatah. jangan bimbang -- kasih masih ada :)
pernah satu hari,  aku tidur rumah kawan, pukul 11 lebih tetiba lapar, kol ayah suruh beli burger hantar rumah kawan.
ayah hantar. dan esoknya mak cakap ayah dah tidur masa tu.
kasih ayah -- kena rasa.
' Apa mampu kau sudikan, ampun maafku sujudkan, bisa tidak kau teruskan, ku sesat kau tunjuk jalan. '

untuk dia tu. senyum sikit k :)

tolong, beradablah sikit.

aku senyum, tak suruh bercakap pun.
senyum je.

tahulah pandai.
sekolah highclass.
dapat tawaran oversea bagai.

tak pandang aku budak sekolah 'juvana'.
kannnnn.

mak aku pun perasan. aku cakap senang je
' aimah ni budak tak pandai, dia tu budak pandai. mana nak pandang. '

simple. padat.
tak payah bazir air liur.








redha ialah kunci bahagia :)

Image
penat jerit setiap malam dalam jiwa -- aku rindu kamu.
mungkin aku perlu sedar. aku bukan rindu dia.  aku cuma tak berpuas hati kenapa dia tinggalkan aku macam tu.  takde sebab kenapa dan mengapa.  hilang macam tu je. 
' redha ialah kunci bahagia '
mungkin aku perlu masa.  masa 2 tahun mungkin masih belum cukup untuk aku.
' nur ada buat salah dengan abg ke? nur minta maaf  ' ' takde nur takde buat salah apa-apa. jangan kontek abg dah. '
kahkahkah. tragis tak?
ini namanya karma.  aku buat taik dengan dia dulu.  berapa kali minta putus.  kesian dia. kesian kat aku balik.  sabar aja lah.

syukur masih diberi peluang senyum gelak :)
aku yg dulu bukanlah yg sekarang, dulu ditendang sekarangku disayang, dulu dulu dulu ku menderita, sekarang aku bahagia -- ewahh~

mata vs. mulut

Image
pada setengah masa -- aku selesa bergelak tawa.
pada setengah masa -- aku menangis menyeka mata.

persepsi mereka terhadap aku mungkin berbeza. aku mengaku aku lebih mengadu pada kawan kelas sebelah yang majoriti kenal aku. maafkan aku. kerna kadang aku perlu menyendiri untuk berfikir.

' kesalahan apa yang aku buat pula untuk kali ini? '
untuk kawan kelas, aku tak pernah lupa kamu. aku sayang kamu. sentiasa sayang. cuma kadang perselisihan faham buat aku mengundur diri. bukan lari cuma pergi buat seketika. 
kawan aku dulu pergi -- aku diam. *pindah sekolah
bibir tak bisa mengungkap apa-apa. mata tak mampu menangis depan kamu. sungguh. aku sayang kamu. terlalu sayang sampai aku tak tahu nak buat apa. 
apa yang aku buat, semua salah dimata mereka. sebab tu aku tak suka bila jadi pelajar top dalam kelas. kawan-kawan akan fikir kita berlagak walau kita niat nak ajar kasi dia pandai macam kita.

beribu batu....

jufri... tolong dengar aku..
yang jauh beribu batu..

aku rindu kamu.

saranghae.

Image
we can't break up
it is too early for us to break up..

you can't leave me like this
there are so many words i still haven't said..

don't just leave me like this...
really, because it was you
because it was you

if we keep heading this way
i can't go this way anymore

you're my love..
the love that i miss..
eventhough i can't reach you now..

do you miss me as much as i miss you?

/monday couple/

'It's hard to forget who gave you so much to remember'

ini jalannya.

semuanya.
aku hanya takut aku salah.

aku menegur,
dan aku pula yg minta maaf.
aku bergurau,
aku pula yang minta maaf.

khuatir jika terguris hati org,
kerna itu aku tak mahu terlibat dgn apa-apa aktiviti.
dan -- tak mahu cakap apa pun.

aku dah pilih jalan ni,
kalau aku menyesal pun tak boleh,
semuanya Tuhan dah tulis,
yakin saja pada Tuhan, wahai diri.

aku takkan tergerak hati nak tukar kelas -- kalau Tuhan tak izinkan :)
aku takkan terfikir nak duduk kelas dgn org aku x rapat -- kalau Tuhan tak izinkan :)

biar apa orang kata.
'tu lah sape suruh tukar kelas'
tidak perlu semua tu, aku menangis air mata jatuh ke tanah pun , aku dah tak boleh kembali ke masa aku buat keputusan.
aku taknak menyesal dah, aku taknak teragak-agak dah.
ini jalan Tuhan dah pilih untuk aku, yang dah Tuhan tulis untuk aku.
semoga aku berjaya :)

apa khabarmu 'j'

Sang arjuna penyinggah,
apa khabarmu disana?

selamat menempuh dugaan hidup,
semoga kamu tabah dgn semua ujian.
semoga kamu dipertemukan dengan wanita solehah :)

'J' , maafkan aku.
kau cinta yang aku rindu.
cewah, ayat taknak ngalah.
semoga kamu dipertemukan dgn org lebih baik,
dan aku juga begitu.

mungkin kita tak berjodoh di dunia,
mungkin juga Tuhan sudah tetapkan kamu bukn utk aku :)

Aku mahu kamu tahu,
aku rindu.
sangat.

tapi barangkali Tuhan tidak mengizinkan,
bibir untuk melafazkan,
telinga untuk mendengar kamu,
mata utk melihat kamu :)

ingin saja aku hubungi 'adik ipar x menjadi' tanya pasal kamu.
tapi ada sesuatu yg menghalang.
aku tidak persalahkan,
kerna mungkin ini dari Tuhan utk menjaga aku :)

1 pagi.

pukul 1 pagi,
mata masih segar,
menanti tiba hari esok.

setiap bait sukukata lagu korea tu,
menerpa ke cuping,
tidak difaham,
tapi mampu menghayati.

teman bonda yg masih berjaga,
digagah badan siapkan baju raya.
kesian bonda,
bila aku tegur disuruh diam.

huh...
kena marah...