Posts

Showing posts from July, 2013

ada bahagia dipersimpangan duka ;)

Image
We had done so many bad things that will lead us to hate ourselves. The more we break the promises that we made to ourselves, the more we will start to get hurt. Try not to hate ourselves so often but instead try to forgive and give another opportunity to make it up. Be firm, be gentle, it all depends on us to treat ourselves right.
I’m scared that I won’t succeed or accomplish my dreams. I’m especially worried about not being happy. I wish I could just get a peek of my future to know that I’ll at least be okay.

7bulan ;)

tidak ada lain yg aku boleh buat hari ni,
menulis sahaja.
kerana 'kepantasan' broadband mengehadkan aku.

sudah pengakhir bulan 7,
ini bermakna sudah 7 bulan aku di persekitaran baru,
banyak yg aku belajar.

belajar macam mana nak kurang ajar,
hahaha. lebih kurang,
bukan nak kata semua, tapi segelintir.

cuma satu --
aku harap tidak mudah terpengaruh.

diri sendiri.

air dari lengkungan mata laju mengalir,
mujur masih ada bahu yg rela dipinjamkan.

mungkin lepasni,
banyak spekulasi tentang aku.
maafkan aku diri,
tidak bisa menjaga kamu,
walau hanya kamu.

20 ramadhan/dugaan/

Disaat kebisingan membingit telinga,
aku terpekik seorang tanpa perhatian.

payah--
susah.

kadang, aku ambil masa,
untuk duduk --
berfikir.

ini ke jalan yang aku pilih,
benarkah Tuhan ini jalanMu untukku?
kerna aku sudah penat dengan kesilapan diri,
kekhilafan yang tidak pernah beransur pergi.

perkataan maaf tu sudah umpama kembar untuk aku,
penat dengan perasaan serba salah yang dicipta aku sendiri.

Tuhan --
benarkah apa yang aku buat ni?
tolong aku. selamatkan aku.

jangan pernah biar aku buat keputusan sendiri --
walau hanya sebesar zarah.

kawan --
terima kasih untuk kesetiaan kamu,
tidak pernah jemu nasihat aku,
walau emosi aku tidak stabil,
kamu masih tetap mahu kawan aku.

pelajar kelas --
aku sedang kecewa dengan diri sendiri,
tidak mampu membuat keputusan sendiri,
aku tidak mampu memimpin kamu,
maafkan aku.

mungkin sebab ini semua--
aku tidak mahu terlibat dengan apa-apa pun,
takut mengambil risiko,
aku penakut?
ya, benar.





smile. pertengahan ramadhan :)

15 ramadhan.
Sometimes, the right path is not the easiest one, but we can't change who we are. Have you ever wondered which hurt the most; saying something and wishing you had not, or saying nothing and wishing you had?  'Berharap kasih moga engkau mampu memahami,
walaupun bukan sekarang bahagia menjelang :)'
- sastera kupu-kupu

untuk kali ini,
aku akan berjalan,
bersama kisah hidup,
dan orang yg paling aku sayang pun,
tak akan pernah tahu.

mungkin dulu aku mahu menyatakan yang lain,
tapi Tuhan tidak pernah membenarkan,
mungkin saja Dia tidak mahu aku jatuh begitu teruk.

aku teruk. mujur masih ada 'rakan' sudi mengajak ke arah kebaikan.
jika tidak aku makin hanyut.

mak.

Image
Malam dingin.
nyamuk degil tetap mahu menghisap darah manisku.

kadang-kadang memang ada terfikir,
kalau aku dah besar nanti,
dah kawin -- ada anak.

dapat lagi tak masa tu aku tengok muka mak,
sempat lagi tak masa tu mak geletek peluk aku masa tido,
masih boleh lari kejar-kejar dan gelak sampai air liur menjejes,
kalau tidakpun sampai terkentut jatuh katil.

kalau masih sempat pun, dia dah tua.
dan mungkin tidak punya tenaga lagi.

mahu saja aku hentikan masa,
dan tetap bergelak tawa bersamanya,
tetap muda tetap bertenaga.

tapi aku bukan Tuhan.

bak nyanyian fyn jamal ;
' apa layak aku bagi, tak terbalas sampai mati, kau sungguh yang paling tinggi, istanamu syurga nanti. '



to my beloved english teacher.

Di sekolah.
ada benda yang menyerabutkan aku.

bila bertembung jak,
mesti aku rasa tak sedap hati.

cegu, saya ada buat salah ke.
jika ada, maafkan.

bila bertembung dengan cegu,
saya rasa saya ada buat salah.

kenapa cegu tak senyum dgn saya?
kenapa bila saya bagi salam cegu mcm tak dengar?
cegu marah ke sebab saya tak dapat 'A' english?

cegu memang tak suka saya ke?
atau saya yang terlebih khuatir.

maafkan saya cegu.
kepada cegu bahasa inggeris yang saya suka.
dan sangat saya sayang.

walaupun cegu tak mengajar saya dah,
sampai saat ni saya masih rasa bersalah.

semoga dipermudahkan segala urusanmu :)

lagu.

Bangun pagi, jalan-jalan.
duduk depan laptop.
tekan youtube.

'Kalau aku kaya, hari hari hari raya,
bil-bil jiran keluarga, aku belanja semua,
ewah.' - Awi Rafael feat. Altimet

'Alala tum jahe jahe aca aca nehi nehi' - Dadido





Sports day 2013 :)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Haritu hari sukan sekolah aku. dibuat secara tertutup tidak tahu mengapa dan kenapa. yang pasti memang sangat menarik. acara lumba lari sengit. dan yang kalah pasti akan tidak berpuas hati dengan yang menang. hahaha adat. ceh, ayat taknak kalah. aku rumah biru dan mentang-mentang rumah biru menang nombor satu.

Okay ini dia. pesilat, pewushu dan pesilambam yang membuat persembahan untuk tetamu. gagah perkasa semuanya. yang paling gagah kacak bebudak silat lah. leader depalah yang beri inspirasi  kat aku. bak kata aku 'husband oversea' sebab muka dia ada tang oversea sikit. okay boleh ambik bantal hempuk kepala sendiri sebab berangan banyak sangat.


Ini dia maskot maskot kami. oleh kerana rumah hijau bertemakan kampung style. sebab tu depa tak berminat nak ambik gambar rumah hijau. hahahaha*gelak jahat*. rumah kuning kebudak-budakkan sikit. rumah biru pulak bertemakan laut, so yg ayu duduk bersimpuh dalam gambar ialah duyung. duyung ala-ala …

maafkan aku.

Image
aku tahu aku salah. maafkan aku.
aku tahu, masa tu aku tak kuat. aku tak buat benda yg sepatutnya aku kena buat.
sebab iman aku tak kuat. fikiran aku tak matang. umur aku baru belasan tahun.
aku anggap kau ni orang kotor, macam aku ni bersih sangat.
aku anggap kau titik hitam dan setiap masa titik hitam, walaupun sebenarnya kau pun nak berubah.
kalau aku ada kesempatan jumpa kau lagi,  kalau kau masih mahu jumpa aku lagi, aku nak minta maaf, dan aku nak kata --
sampai saat ni pun aku tak pernah lupa kau, dan sentiasa berharap kau jumpa perempuan solehah.
weh, sekarang aku dah 16 tahun. aku dah besar sikit.  kau ofkos dah 30 kan. hehe. tua :)