Posts

Showing posts from March, 2013

bila aku kurus nanti.

Bila aku kurus nanti,
aku nak buat macam-macam.
banyak benda yang aku rasa masih tak terbuat.

aku nak panjat bukit,
aku nak terjun tower tinggi tu sambil jerit,
aku nak masuk lari,
aku nak.

tapi sabar,
tidak tercapai lagi impian itu,
mungkin ada hikmah sendiri.

senyum,
sabar.

hati , mohon rilek.

Diri,
kenapa?
mengapa?

suka je.
rilek ah,
yang nak gelabah tak pasai awatnya?
nak malu tak pasai.

yang hati pasai nak kerja lebih masa pulak ni,
rilek ah.

kata jiwa kerek,
tak gentar.

belajar tak habis dah gatai.

B.Baling.

Image
Malu, tapi untuk kali itu memang tidak menahan.
titis-titis mengalir deras, dalam bulatan itu.
tidak peduli mata-mata melihat, aku dalam dunia sendiri.
bahu terangkat-angkat nahan sedu, dada sesak.

Tidak peduli apa dikata,
"ahh, anak manja."
"ahh, kuat merajuk."
"marah lettuw."
mereka tidak tahu apa sebenarnya,
tidak tahu.

kau pernah rasa ke kena tinggal sorang,
kau pernah rasa kau nak mengadu bila sedih takde orang selain Tuhan,
kau pernah rasa kau nak belajar, tapi takde org kau nak rujuk,
kau pernah rasa mcm mana aku rasa aku sorang dlm dunia ni.
tak pernah.

setiap kali latihan,
bayangan, suara  mereka,
aku dengar. jelas.
hati mana tak sebak, jiwa mana nak nahan.

cuping menangkap setiap baitnya,
tapi hati kata sabar, ngadu pada Tuhan.
dalam sedu sedan, aku berkata-kata dengan Tuhan.
Walau aku hamba hina, aku mohon DIA dengar.

aku tahu peristiwa itu akan buat aku dipersendakan,
diperlekehkan,
"eii, dah lah nangis, kuat merajuk , ada hati nak marah…

kecewa.

lepasni takde sape-sape dah.

takde.
aku akan diam sahaja.
diam.

ya.

nombor tak dikenali. utk malam itu.

Untuk malam ini,
aku teringat kamu,
sebenarnya untuk setiap malam,
cuma malam ini rindu itu melebih.

tetiba henset berbunyi,
aku lihat nombor tak dikenali,
aku angkat,
suara itu, suara yang aku rindu.

Tuhan,
terima kasih.
terima kasih untuk semuanya.

dia khabarkan,
dia akan pulang tidak lama lagi,
rindu kami akan bertaut.

dia khabarkan,
siang tadi dia ada kol,
dia nangis mahu dengar aku,
tapi tiada jawapan,

maaf,
tapi kamu akan pulang sayang.
kamu akan pulang.
mohon kuat,
untuk sedikit masa lagi.

"Mah, rindu..jaga diri...love you..aku pegi dulu nak study..doakan aku.. assalamualaikum..."
*dengar sebak pengakhir kata*





bila kau kena pilih...

bila kau kena pilih, antara jujur dan khianat kawan sendiri, atau sokong kawan dan bertentang dengan suara hati, aku rasa buntu, tapi aku pilih jujur akhirnya.
aku harap mereka faham, aku takut, dikata takde pendirian sendiri bila sokong kawan, dikata berlagak bila jujur.
complicated.
serius, aku harap mereka faham, aku kena sedar diri, realitinya aku sorang.
dan, aku takut aku cakap menyinggung perasaan lain, takut bila aku cakap benda yang aku rasa tak berbaloi, tanpa sedar, aku dah tambah berbakul-bakul dosa.
hati kata "Tuhan, jagalah hati ini, tetapkanlah iman ini dan jangan biar minda ini mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Tuhan, aku mohon."  sambil istighfar perlahan hanya sendiri mendengar.
yang satu ini, ampun Bonda, maaf Bonda :/

kotak memori, tentang dia.

Image
selongkar kotak memori,
ternyata aku simpan,
masih.

letak di telapak,
jari jemari mula menutup,
mata pejam, rapat.
bertahan.

pernah luka,
dan meluka,
maaf untuk lelaki itu,
dan maaf untuk hati sendiri.

entah kemana dia,
aku tak tahu,
tapi aku percaya Tuhan jagakan kau.

terima kasih buat dia,
singgah dalam hidup,
beri banyak pengajaran,
kemudian pergi hilang tanpa khabar.

terima kasih Tuhan,
terima kasih kau,
terima kasih bulan untuk setia kamu teman malam aku :)

buat masa ini,
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim :)


aku kecewa, takde sape dengar.

Image
Assalamualaikum,
jiwa sesak rasa nak luah,
tapi takde sapa yang aku biasa.

Jadi aku simpan,
sampai rumah aku terus tulis belog,
penat simpan sepanjang hari,
kawal muka supaya orang tak nampak muka kecewa.

kecewa kenapa?
sebab keputusan exam aku tak dapat A,
memang rasa macam bodohkan,
memang rasa macam aku ni dari dulu memang bodoh tapi berlagak.

okay diri,
tenang okay,
baru permulaan,
jangan terburu-buru.



diri, mohon senyum untuk nikmat Tuhan ini,
diri, mohon bersyukur.
diri, mohon bersyukur.
Alhamdulillah, Syukran Allah :)