Posts

Showing posts from January, 2013

mesej itu.dari salah satu dari mereka

Pintu kamar aku kuak.
dilepaskan segala beban di bahu.
terus ke hadapan komputer.
itulah rutin. setiap hari aku.

Tanpa mereka.
aku seperti biasa.
tapi... kali ini...aku..
kehilangan.
hanya ada seorang aku.

jatuh bangun sendiri.
tiada manja lagi.
tiada peluk menari sebaris kawan.

Laman fesbuk aku log in.
satu mesej masuk.
mesej dari salah satu antara mereka.
ya.. mereka yang pergi itu..

Pesannya...jangan kuat emo...
pesannya lagi .. jaga diri...
dia kata suruh kuat..
dia kata suruh jaga solat...

InShaa Allah...
aku cuba.
Selamat maju jaya ya bakal Doktor :)


tak suka orang kapel.

aku tak suka orang berkapel.
tanya kawan aku.
siapa berkapel memang aku tak suka.
tapi aku juga pernah berkapel.
tapi kadang anak muda salah anggap hubungan kapel tu sendiri.

lelaki.
aku tak anti mereka.
aku cuma TAK SELESA dengan mereka.

Bukan aku tidak berperasaan.
cuma aku sudah penat dengan kesedihan.
cukup hanya satu lelaki aku pernah beri hati .
dan dia pulangkan dengan keadaan yang tragis.
serik.
pedih.

Bagi aku.
Jodoh urusan Tuhan.
Takdir hak mutlak milik Tuhan.
Segunung cinta tak dapat mengusai kekuatan takdir....


Katek aku ;)

Tunggu.
kenapa rasa ini menjamah aku. kenapa dia yang aku selalu tengking jerit sama. kenapa...
Benar. Itu sudah menjadi rutin. tiap hari berbalah tengking jerit. maki hamun. debat sana sini.
tapi... kau yang paling aku rindu. kau yang paling menusuk jiwa. kau yang paling segalanya.
Biar... biar apa datang.. walau hati kata benci.. walau ramai batu api..
kau.. tetap kau.. dan kau telah kembali menjadi kau. kawan aku. sahabat aku.  dan... Katekk aku :D
“Ada seseorang dalam hidupmu yang ketika ia pergi, maka ia juga membawa sepotong hatimu.” Moga Tuhan lindungi kau di sana :)

Mohon Tuhan...

Tuhan.
aku mohon agar diberi kesempatan ini untuk aku berubah.
aku mohon agar diberi peluang ini.
aku berazam jika aku dapat yg ini aku akan taat kepada-Mu.

Ampunkan aku.
Ampunkan setiap dosa ku.

Berilah aku kejayaan.
Berilah aku peluang utk aku sungguh-sungguh utk kali ini.
Beri aku petunjuk mana yang harus aku pergi.
yang mana yang terbaik.

Aku adik yg rasa bangang.

Salam Maulidur Rasul.
Hari ini aku jadi pencerita. kejap, bukan aku memang pencerita tetap utk Si Belog ke.

Aku adik.
memang kadang aku rasa aku punya abg paling gampang.
dan kadang aku rasa aku punya abg paling hensem dalam dunia.

Tengking jerit setiap masa.
buat aku rasa bangang.
buat aku rasa disampahkan.

kau hina .
sampai sekarang aku ingat.

tapi aku pun ingat.
bila kau cubit aku sebab usik kau panggil sayang.
kau sedar aku baca mesej kau dengan awek.

Aku memang terkurang sana sini.
kau kenapa?
kau tak terima aku adik ke.

memang rasa macam celaka betul.
memang kau aku tak ngam.
tapi aku cuba.
jadi adik yg baik.





Tiga meja itu. hanya aku.

Beberapa hari ini aku bingung.
aku keseorangan.
ramai manusia kasihan akan aku.
ramai manusia lihat aku bosan.

Tiga meja itu. hanya aku.
masih bertahan seakan kukuh tapi benar lemah.
Beliau tanya : ziemah, okay ke. aku kata okay.
Beliau yang lain kata. kat rumah belajar ye yunk.
Kerna mereka faham isi hati.
mereka ngerti apa yg tak bisa bibir bicarakan.
mereka faham aku malas dan lambat.

Sungguh aku rasa air jernih mengalir.
rasa aku perlu kuat.
kuat untuk semua ujian ini.
2 tahun ini aku harus hadapi seorang diri.
tergapai gapai mencari pertolongan yang hanya datang cuma beliau.
rasa terharu.
terharu kerna masih ada kasihan aku.
masih ada perhatikan aku.
masih ada juga Bonda peneman tidurku.
peneman kala mimpi hitam menjamah aku.

Mereka kata : aku nak pindah.
aku kata : nak blah, blah je lah.
Bukan menghalau bukan rasa hati yg ingin kau pergi.
Kau harus faham aku berkata tak sama dengan hati yang merasa.
Kau tahu aku Ego. kau tahu aku macam mana.
Tapi kenapa kau masih ingin pindah.
*…

sabar tenang. aku mohon.

Aku penat.
aku penat melayan kerenah sendiri.
amarah sendiri.

aku susah.
aku cari kawan tak dapat.
aku nangis.

kenapa. mengapa.
susah benar mencari kawan sebenar.
takpe fikir positif.
mungkin masa tidak sesuai.
mungkin mereka penat seharian berjalan.

habis aku? aku ni apa? robot?
yg tak penat seharian berjalan.
aku hilang benda dan memang aku cuak.
bila cerita pada kawan.
kawan kata...

"Itulah kau sape suruh tinggalkan." "uish buku tu..." "Lain kali jangan berjalan merata-rata"
aku nak kata ayat macam ni memang palat. tak membantu langsung. buat cuak jadi makin cuak. faham.
Kawan gembira memang ramai.  Sebenarnya, kawan sedih hanya diri kita. Pada kau, mungkin ini masih tidak relevan. Tapi percayalah suatu hari kau pasti sedar ia benar :)


Nak blah. blah je la.

Kalau nak pergi. pergi saja lah.
Tak payah nak madah-madah kata lah apa lah.
aku meluat.
Bukan apa.
bagi aku yang tidak dapat cemburu mula selubungi diri.

kata hati.
Jangan heboh hebohlah kau dapat sekolah tu.
aku nak berjaya dari kau.

ahaks.
boleh ek macam tu?
punyalah menyampah aku. punya lah jeles aku.
ish buruk perangai.

lepas cakap.

hmm maaf.
fikiran aku sempit.
aku tak matang dari segi fikir.

aku fikir negatif.
aku terlampau lepas bila cakap.
*menangis*

Mereka Pergi.

12.1.13 Hari yang sedih. Tapi aku mampu senyum. Masing-masing menghitung hari untuk pindah. Aku? masih di sini. Memujuk hati untuk redha dengan kenyataan. Mohon diberi kekuatan kerana semuanya tak seindah impian. Tidak mengapa. Mungkin ada hikmah. Dan setiap ujian itu aku mampu. 
Ika dan Na nak pindah teknik. Seorang demi seorang. Aku sedar tiada mereka juga aku mampu hidup dan bernafas. Tapi semuanya barangkali akan berubah. Tidak sama dan tidak serupa. Aku hanya seorang perempuan besar yang selalu dihina. Mereka juga alasan aku masih disini berdiri dgn keyakinan diri yg samar. Umi, Mai, Wani, Sal entah kenapa aku terlalu pasti mereka juga bakal menyusul meninggalkan aku.
Hanya tinggal aku dan Ari. Sungguh aku cemburu lihat mereka pindah di tempat baru. Pindah di tempat yang lebih baik. Tapi aku sedar, aku tidak layak sebab keputusan. Aku banyak main dan bergurau seolah semua ini tidak penting langsung.
Azam aku tinggi tapi aku masih keliru ini hanya angan-angan atau benar matlamat. …

semua baru.

Assalamualaikum.
hai belog,,

cerita baru. cerita rindu. cerita tabah.
aku minta tukar kelas baru. kelas akaun. kelas yang mana asing bagi aku.
kelas yang memang tiada sahabat yg 6. hanya aku dan Wani.
3 tahun bersama akhirnya pisah demi tujuan yg sama. Demi berjaya.
Takpe. sebelah je pun.
tapi..

"Rindu nak tengking jerit nyanyi sama.

Rindu nak cebik jeling cubit tepuk sama."


Sebelum aku jatuh cinta dengan tulisan,
dengan keindahan awan,dan  burung yang bersiulan,
Engkaulah,yang buat aku jatuh cintaterlebih dahulu. 



aku cuba bukan aku tak cuba.
tapi aku masih ditakuk lama.

over thinking.

Aku buntu.
Aku terlebih merisau.
Sampai terlebih ambil serius tentang sesuatu perkara remeh.
sampai aku hilang arah dan hampir gila.
kau tahu gila.

Sebenarnya aku silap.
aku silap menilai dan menghadapi ujian.
semua ujian Allah beri tidak lebih dari kemampuan kita.
Ya. betul itu.

Aku patut sedar.
Aku mampu hadapinya.

rasa.

Dunia.
lelaki perempuan.
suka minat sayang cinta.
aku penah rasa.

aku pun penah hampir hancur.
nasib ada Ilahi.

tapi cukup sekali.
sudah buat aku sedar.
bahaya cinta sebelum nikah.

serik. pedih.