Posts

Showing posts from 2013

jiwa.

Bismillah.

hampir serabut aku fikir kan akhirnya aku beranikan diri.
aku pulang ke rumah dan kentalkan diri utk hadapi.

dan macam biasa. seribu rasa bertandang pada jiwa aku.
betul ke aku tidak diundang dalam keluarga ini?
benci sangat ke mereka dgn jasad ini?

ya, celakanya mulut ini mungkin sebabnya.
tapi aku juga manusia. aku juga buat silap.


kuncikan diri di dalam bilik yang kosong.
bukan kosong kerna tiada brg tapi jiwa aku yang kosong.
menampakkan tiada apa lagi yang perlukan aku disini.

sakit. pedih. terobek.

aku cuba nak rapat. tapi cara mereka terlalu kasar.
atau aku yg susah nak faham? atau aku yang mulakan kasarnya?


Sakit.

Sakit tu macam mana?
Macam yg aku tengah rasa ke?
Takut.Dah lah. J, tolong pergi.
Tolong.

Seorang perempuan.

Sorang perempuan yang duduk dalam satu kamar tapi fikiran dia dah jauh ke luar jendela. Dia menunggu dengan sabar. Kerana hati dia dah dirobek balik oleh manusia.Benar, dia telah jatuh ke lubang yg sama buat kali kedua. Ye, dia telah kalah dgn nafsunya sendiri. Dia telah jatuh cinta pada org yg salah sekali lagi. Dan dia ditinggalkan. Dan dia telah menyeksa dirinya sendiri.dia tahu, Tuhan mahu menguji. Oleh kerana itu pengharapan yg diletakkan tidak terlalu besar, khuatir jatuhnya berkecai rabak. Dan alhamdulillah. Dia masih hidup, sedar.
Semoga Tuhan sentiasa menjaga kamu dan menghadirkan isteri yg solehah utk kamu :)

Bismillah.

Bismillah.
Dengan nama Allah yang Maha penyayang.Syukur, aku masih hidup.
Syukur, kerna Tuhan masih bagi dugaan pada aku.
Dan...
Masih bagi kehidupan dan kesihatan yang baik :)Aku rindu dia,
Tapi aku juga syukur yg dia x bls msg aku.Sbb aku tahu Tuhan masih syg aku,
Dia bagi org dtg, lepastu pergi.Semoga lelaki itu dapat wanita solehah utk isterinya ♥

PALI

Argh.
Tolong aku, aku sesak.
Kenapa dia Tuhan?Dia, yang aku tak kenal.
Pengajaran apa yg sedang diberikan ini.
Berikan aku petunjuk,Supaya tidak lagi perlu aku merasakan,
hati yang sedang berkecamuk,
Meronta.

Sakit.

Tolonglah. Jangan dekat.
Aku dah penat, dengan diri sendiri.Yang sgt berfikir pasal perasaan org lain.
Susah, tapi ini anugerah Tuhan pada aku.Dan akhirnya aku yang sedih, aku menangis.

Kau sentuh dia. Kau dapat maki.dan bukan hanya keluarga tahu, tapi sedunia!

Aku kenal dia.
Aku rasa apa dia rasa.Kau nak kata buruk pasal dia, kau boleh pegi mampus.
Kau bukan kenal dia. Kau nak kata dia yg letak kertas tu?Kau ada bukti cap jari, mari sini kasi bawak lah.
Kau jangan tunjuk sangat kau bodoh,
tak guna ada bini muda kalau bodoh.
Hahahahaha.Kau nak sangat harta?
Kau hambik la hak kau, jangan sibuk hak org lain.Kau tak payah tunjuk kau tahu semuanya,
Padahal kau hanya tahu lapisan paling atas SAHAJA.Aku duduk serumah, sekatil dengan dia,
Aku kenal dia, aku rasa susah dia nak cari duit.
Aku tahu dia susah, dan dia sentiasa menjaga hak dia.Dia pegang amanah arwah, sampai sekarang.
Kau tahu apa amanah tu? Tak tahu kan?
Dah dah tak payah tunjuk kau tahu semuanya.

Oh.

Oh bulan sampaikan rinduku,
Oh bintang kirimkan cintaku.Yang hilang mungkinkah bersatu,
Oh sayang dimana dirimu ♥

Semua yg ada kaitan dgn dia.

Sori. Aku boleh nampak semua.
Apa yg ada kaitan dgn dia.
Aku x boleh lupa atau aku x nak lupa?Saba ziemah. Ada hikmah :)

This way.

Aku tahu. Ini jauh menyimpang.
Tapi keterujaan tu sangat sangat mendalam.Aku kelas akaun. Tapi akaun selalu fail.
Aku nak jadi peguam. Tapi aku tak berapa pandai menyiasat.
Aku nak jadi polis. Tapi gemuks.Hahaha.
What ever it is. Stay in this way kay :)Percaya pada Tuhan.
Tetap percaya semua jadi ade reason.

Awan hitam.

Aku mahu bersuara.
Mahu luah segala isi awan hitam yg setia mengikut.Tapi,Tiada siapa yg mahu dengar, mahupun
Bertanya.Sendiri di dalam ruang itu, tiada siapa.Aku hanya kawan biasa, walhal aku kira kau anggp aku sahabat rapat.
Sakit, pedih.Dan bagai telur dihujung tanduk.
Tidak tahu mahu kemana, pihak mana.Akhirnya,
Aku sendiri memilih jalan yang satu.Tuhanku yang masih setia dengar aku.
:'(

Tolong, maafkan aku.

Sudahlah. Cukup.
Aku dah penat minta maaf. Pada org sama.
Dah berbulan.  Kamu masih begitu.
Aku dh cuba bukan tak cuba.
Aku mungkin tak kenal aku jenis mcm mana.
Aku dah buat salah. Aku tak sedap hati.
Aku tak tenang.Tolong.
Jangan buat aku mcm ni.Walaupun aku tak tau mana satu salah aku.

Angin.

selamat malam dunia.
aku masih di sini.berdiri rapuh merempuh jalan berliku.
Mengharap semua perasaan itu hilang.
Betrbangan mengikut arus angin.Pastu tak payah aku tak tentu arah mcm ni.

.

walau apapun jadi --
aku tetap sayang kamu.

selamat hari raya diri sendiri.

selamat hari raya.
ini ja yang mampu.

rumah aku macam biasa.
takdak beza. senyap.

aku punya lah sasau nak dekat habis ramadhan ni,
asik nak merengus je. dah macam badak. hihi

takde mood nak raya.
itu je yg mampu kata.

selamat malam dunia.
insyaAllah. semoga berjumpa esok :)

ayah.

dalam hidup aku, ada sorang lelaki yang sukar untuk dimengerti. ayah.
kami jarang bersembang. sepatah dan sepatah. jangan bimbang -- kasih masih ada :)
pernah satu hari,  aku tidur rumah kawan, pukul 11 lebih tetiba lapar, kol ayah suruh beli burger hantar rumah kawan.
ayah hantar. dan esoknya mak cakap ayah dah tidur masa tu.
kasih ayah -- kena rasa.
' Apa mampu kau sudikan, ampun maafku sujudkan, bisa tidak kau teruskan, ku sesat kau tunjuk jalan. '

untuk dia tu. senyum sikit k :)

tolong, beradablah sikit.

aku senyum, tak suruh bercakap pun.
senyum je.

tahulah pandai.
sekolah highclass.
dapat tawaran oversea bagai.

tak pandang aku budak sekolah 'juvana'.
kannnnn.

mak aku pun perasan. aku cakap senang je
' aimah ni budak tak pandai, dia tu budak pandai. mana nak pandang. '

simple. padat.
tak payah bazir air liur.








redha ialah kunci bahagia :)

Image
penat jerit setiap malam dalam jiwa -- aku rindu kamu.
mungkin aku perlu sedar. aku bukan rindu dia.  aku cuma tak berpuas hati kenapa dia tinggalkan aku macam tu.  takde sebab kenapa dan mengapa.  hilang macam tu je. 
' redha ialah kunci bahagia '
mungkin aku perlu masa.  masa 2 tahun mungkin masih belum cukup untuk aku.
' nur ada buat salah dengan abg ke? nur minta maaf  ' ' takde nur takde buat salah apa-apa. jangan kontek abg dah. '
kahkahkah. tragis tak?
ini namanya karma.  aku buat taik dengan dia dulu.  berapa kali minta putus.  kesian dia. kesian kat aku balik.  sabar aja lah.

syukur masih diberi peluang senyum gelak :)
aku yg dulu bukanlah yg sekarang, dulu ditendang sekarangku disayang, dulu dulu dulu ku menderita, sekarang aku bahagia -- ewahh~

mata vs. mulut

Image
pada setengah masa -- aku selesa bergelak tawa.
pada setengah masa -- aku menangis menyeka mata.

persepsi mereka terhadap aku mungkin berbeza. aku mengaku aku lebih mengadu pada kawan kelas sebelah yang majoriti kenal aku. maafkan aku. kerna kadang aku perlu menyendiri untuk berfikir.

' kesalahan apa yang aku buat pula untuk kali ini? '
untuk kawan kelas, aku tak pernah lupa kamu. aku sayang kamu. sentiasa sayang. cuma kadang perselisihan faham buat aku mengundur diri. bukan lari cuma pergi buat seketika. 
kawan aku dulu pergi -- aku diam. *pindah sekolah
bibir tak bisa mengungkap apa-apa. mata tak mampu menangis depan kamu. sungguh. aku sayang kamu. terlalu sayang sampai aku tak tahu nak buat apa. 
apa yang aku buat, semua salah dimata mereka. sebab tu aku tak suka bila jadi pelajar top dalam kelas. kawan-kawan akan fikir kita berlagak walau kita niat nak ajar kasi dia pandai macam kita.

beribu batu....

jufri... tolong dengar aku..
yang jauh beribu batu..

aku rindu kamu.

saranghae.

Image
we can't break up
it is too early for us to break up..

you can't leave me like this
there are so many words i still haven't said..

don't just leave me like this...
really, because it was you
because it was you

if we keep heading this way
i can't go this way anymore

you're my love..
the love that i miss..
eventhough i can't reach you now..

do you miss me as much as i miss you?

/monday couple/

'It's hard to forget who gave you so much to remember'

ini jalannya.

semuanya.
aku hanya takut aku salah.

aku menegur,
dan aku pula yg minta maaf.
aku bergurau,
aku pula yang minta maaf.

khuatir jika terguris hati org,
kerna itu aku tak mahu terlibat dgn apa-apa aktiviti.
dan -- tak mahu cakap apa pun.

aku dah pilih jalan ni,
kalau aku menyesal pun tak boleh,
semuanya Tuhan dah tulis,
yakin saja pada Tuhan, wahai diri.

aku takkan tergerak hati nak tukar kelas -- kalau Tuhan tak izinkan :)
aku takkan terfikir nak duduk kelas dgn org aku x rapat -- kalau Tuhan tak izinkan :)

biar apa orang kata.
'tu lah sape suruh tukar kelas'
tidak perlu semua tu, aku menangis air mata jatuh ke tanah pun , aku dah tak boleh kembali ke masa aku buat keputusan.
aku taknak menyesal dah, aku taknak teragak-agak dah.
ini jalan Tuhan dah pilih untuk aku, yang dah Tuhan tulis untuk aku.
semoga aku berjaya :)

apa khabarmu 'j'

Sang arjuna penyinggah,
apa khabarmu disana?

selamat menempuh dugaan hidup,
semoga kamu tabah dgn semua ujian.
semoga kamu dipertemukan dengan wanita solehah :)

'J' , maafkan aku.
kau cinta yang aku rindu.
cewah, ayat taknak ngalah.
semoga kamu dipertemukan dgn org lebih baik,
dan aku juga begitu.

mungkin kita tak berjodoh di dunia,
mungkin juga Tuhan sudah tetapkan kamu bukn utk aku :)

Aku mahu kamu tahu,
aku rindu.
sangat.

tapi barangkali Tuhan tidak mengizinkan,
bibir untuk melafazkan,
telinga untuk mendengar kamu,
mata utk melihat kamu :)

ingin saja aku hubungi 'adik ipar x menjadi' tanya pasal kamu.
tapi ada sesuatu yg menghalang.
aku tidak persalahkan,
kerna mungkin ini dari Tuhan utk menjaga aku :)

1 pagi.

pukul 1 pagi,
mata masih segar,
menanti tiba hari esok.

setiap bait sukukata lagu korea tu,
menerpa ke cuping,
tidak difaham,
tapi mampu menghayati.

teman bonda yg masih berjaga,
digagah badan siapkan baju raya.
kesian bonda,
bila aku tegur disuruh diam.

huh...
kena marah...

ada bahagia dipersimpangan duka ;)

Image
We had done so many bad things that will lead us to hate ourselves. The more we break the promises that we made to ourselves, the more we will start to get hurt. Try not to hate ourselves so often but instead try to forgive and give another opportunity to make it up. Be firm, be gentle, it all depends on us to treat ourselves right.
I’m scared that I won’t succeed or accomplish my dreams. I’m especially worried about not being happy. I wish I could just get a peek of my future to know that I’ll at least be okay.

7bulan ;)

tidak ada lain yg aku boleh buat hari ni,
menulis sahaja.
kerana 'kepantasan' broadband mengehadkan aku.

sudah pengakhir bulan 7,
ini bermakna sudah 7 bulan aku di persekitaran baru,
banyak yg aku belajar.

belajar macam mana nak kurang ajar,
hahaha. lebih kurang,
bukan nak kata semua, tapi segelintir.

cuma satu --
aku harap tidak mudah terpengaruh.

diri sendiri.

air dari lengkungan mata laju mengalir,
mujur masih ada bahu yg rela dipinjamkan.

mungkin lepasni,
banyak spekulasi tentang aku.
maafkan aku diri,
tidak bisa menjaga kamu,
walau hanya kamu.

20 ramadhan/dugaan/

Disaat kebisingan membingit telinga,
aku terpekik seorang tanpa perhatian.

payah--
susah.

kadang, aku ambil masa,
untuk duduk --
berfikir.

ini ke jalan yang aku pilih,
benarkah Tuhan ini jalanMu untukku?
kerna aku sudah penat dengan kesilapan diri,
kekhilafan yang tidak pernah beransur pergi.

perkataan maaf tu sudah umpama kembar untuk aku,
penat dengan perasaan serba salah yang dicipta aku sendiri.

Tuhan --
benarkah apa yang aku buat ni?
tolong aku. selamatkan aku.

jangan pernah biar aku buat keputusan sendiri --
walau hanya sebesar zarah.

kawan --
terima kasih untuk kesetiaan kamu,
tidak pernah jemu nasihat aku,
walau emosi aku tidak stabil,
kamu masih tetap mahu kawan aku.

pelajar kelas --
aku sedang kecewa dengan diri sendiri,
tidak mampu membuat keputusan sendiri,
aku tidak mampu memimpin kamu,
maafkan aku.

mungkin sebab ini semua--
aku tidak mahu terlibat dengan apa-apa pun,
takut mengambil risiko,
aku penakut?
ya, benar.





smile. pertengahan ramadhan :)

15 ramadhan.
Sometimes, the right path is not the easiest one, but we can't change who we are. Have you ever wondered which hurt the most; saying something and wishing you had not, or saying nothing and wishing you had?  'Berharap kasih moga engkau mampu memahami,
walaupun bukan sekarang bahagia menjelang :)'
- sastera kupu-kupu

untuk kali ini,
aku akan berjalan,
bersama kisah hidup,
dan orang yg paling aku sayang pun,
tak akan pernah tahu.

mungkin dulu aku mahu menyatakan yang lain,
tapi Tuhan tidak pernah membenarkan,
mungkin saja Dia tidak mahu aku jatuh begitu teruk.

aku teruk. mujur masih ada 'rakan' sudi mengajak ke arah kebaikan.
jika tidak aku makin hanyut.

mak.

Image
Malam dingin.
nyamuk degil tetap mahu menghisap darah manisku.

kadang-kadang memang ada terfikir,
kalau aku dah besar nanti,
dah kawin -- ada anak.

dapat lagi tak masa tu aku tengok muka mak,
sempat lagi tak masa tu mak geletek peluk aku masa tido,
masih boleh lari kejar-kejar dan gelak sampai air liur menjejes,
kalau tidakpun sampai terkentut jatuh katil.

kalau masih sempat pun, dia dah tua.
dan mungkin tidak punya tenaga lagi.

mahu saja aku hentikan masa,
dan tetap bergelak tawa bersamanya,
tetap muda tetap bertenaga.

tapi aku bukan Tuhan.

bak nyanyian fyn jamal ;
' apa layak aku bagi, tak terbalas sampai mati, kau sungguh yang paling tinggi, istanamu syurga nanti. '



to my beloved english teacher.

Di sekolah.
ada benda yang menyerabutkan aku.

bila bertembung jak,
mesti aku rasa tak sedap hati.

cegu, saya ada buat salah ke.
jika ada, maafkan.

bila bertembung dengan cegu,
saya rasa saya ada buat salah.

kenapa cegu tak senyum dgn saya?
kenapa bila saya bagi salam cegu mcm tak dengar?
cegu marah ke sebab saya tak dapat 'A' english?

cegu memang tak suka saya ke?
atau saya yang terlebih khuatir.

maafkan saya cegu.
kepada cegu bahasa inggeris yang saya suka.
dan sangat saya sayang.

walaupun cegu tak mengajar saya dah,
sampai saat ni saya masih rasa bersalah.

semoga dipermudahkan segala urusanmu :)

lagu.

Bangun pagi, jalan-jalan.
duduk depan laptop.
tekan youtube.

'Kalau aku kaya, hari hari hari raya,
bil-bil jiran keluarga, aku belanja semua,
ewah.' - Awi Rafael feat. Altimet

'Alala tum jahe jahe aca aca nehi nehi' - Dadido





Sports day 2013 :)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Haritu hari sukan sekolah aku. dibuat secara tertutup tidak tahu mengapa dan kenapa. yang pasti memang sangat menarik. acara lumba lari sengit. dan yang kalah pasti akan tidak berpuas hati dengan yang menang. hahaha adat. ceh, ayat taknak kalah. aku rumah biru dan mentang-mentang rumah biru menang nombor satu.

Okay ini dia. pesilat, pewushu dan pesilambam yang membuat persembahan untuk tetamu. gagah perkasa semuanya. yang paling gagah kacak bebudak silat lah. leader depalah yang beri inspirasi  kat aku. bak kata aku 'husband oversea' sebab muka dia ada tang oversea sikit. okay boleh ambik bantal hempuk kepala sendiri sebab berangan banyak sangat.


Ini dia maskot maskot kami. oleh kerana rumah hijau bertemakan kampung style. sebab tu depa tak berminat nak ambik gambar rumah hijau. hahahaha*gelak jahat*. rumah kuning kebudak-budakkan sikit. rumah biru pulak bertemakan laut, so yg ayu duduk bersimpuh dalam gambar ialah duyung. duyung ala-ala …

maafkan aku.

Image
aku tahu aku salah. maafkan aku.
aku tahu, masa tu aku tak kuat. aku tak buat benda yg sepatutnya aku kena buat.
sebab iman aku tak kuat. fikiran aku tak matang. umur aku baru belasan tahun.
aku anggap kau ni orang kotor, macam aku ni bersih sangat.
aku anggap kau titik hitam dan setiap masa titik hitam, walaupun sebenarnya kau pun nak berubah.
kalau aku ada kesempatan jumpa kau lagi,  kalau kau masih mahu jumpa aku lagi, aku nak minta maaf, dan aku nak kata --
sampai saat ni pun aku tak pernah lupa kau, dan sentiasa berharap kau jumpa perempuan solehah.
weh, sekarang aku dah 16 tahun. aku dah besar sikit.  kau ofkos dah 30 kan. hehe. tua :)





aku rindu.

suatu hari nanti,
aku akan melawat kamu,
cuma aku minta,
jangan pernah lupa aku.

untuk malam ini,
aku cuma bisa duduk dan menghayati bait lirik,
tahan rindu yang sedang menjerit,
maafkan aku.

kosong.

kosong.
semua ni buat aku rasa palat.
dulu bibir kata jgn risau aku ada.
untuk hari ini. aku jatuh dan kau --
tiada ditempat sepatutnya.

aku --
jatuh luka di atas luka.
mula meraba buta.

kau --
tertawa sama yang baru,
yang cantik,
yang dompet berkepuk,
yang kepala hotak geliga.

bodoh,
hari ini aku sedar --
selama ni mata aku diperbangangkan oleh keghairahan dunia.

rapat boleh,
percaya jangan.

untuk hari ini,
hanya bisa duduk disisi bonda,
teresak-esak adu setia,
mengemis secebis simpati,
supaya tidak lupus harapan.

masih tak lupa.

"kau betul ke suka dekat sopan tu?"- member
"erk. hahaha. tak lah aku saja je. suka nyakat." -aku

haih , kenapa smpai saat ni aku masih belum lupa kau,
sang arjuna penyinggah.

atau mungkin aku tak boleh membenci kamu,
terus aku simpan sayang sampai saat ini.

mungkin juga kau sudah temu perempuan sejati,
tapi aku masih belum.

mungkin belum lagi masa,
mungkin masih panjang cerita Tuhan untuk aku.


lelaki lembut.

okay sekrang aku suke laki lembut.
whatts??!
haha, pehal. laki lembut je kot -.-'

aihhh, suka je kot bukan pape pun,
apa kata orang puppy love.
anjing cinta? ahaha.

aku rasa mcm hurm,
asal aku suke laki lembut??
aku ni normal ke??
was was dgn diri sendiri.

tapi aku suka dia.
haha, suara dia mcm sopan tu buat aku senang ckp dgn dia,
dan attitude dia yg pemalu wat aku senyum malu.

haha , sudah angau biasa ah kan.
alah , biasa ah suka mcm tu je kot.
huh, rilek hati .. jangan parah sangat.
hehehe ;)

cerita.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia. hehehe.

pehal gua nyerongen je permulaan cerita ni. aduhhh. sekarang tengah melalui minggu peperiksaan yang gua rasa semcam je perasaannya. padahal exam pertengahan je, bak kata orang  rilek ah awai lagik. tapi bak kata mak gua awai-awai lah kena mula, nanti dah penghujung tak kelam kabut.
entahlah. nebes semacam lak. ziemah, jangan lah berharap sangat kang kuciwak. meraung terus pelajaran down sebab tak capai target. hehehe. rilek rilek. slow slow panjat gunung , awok tu dah lah banyak lemak. memang selalu stop kat perhentian sebab termengah. hehe.
gua ada satu tabiat yg entah tak tau cemana nak hilang. bila gua datang sekolah, gua takkan pergi lepak dengan member-2 gua. tak tau pasai pa. yelah, pepagi kan kenkadang mood dia tak stabil sangat, tak pasai buat dosa pikir buruk-buruk pasai member sendirik.  bila pandang je mula lah otak ligat hasut " awatlah dia tu gedik sangat. awat lah dia tu suka ikut org." hahaha. macam-macam.
nasiblah…

titik atau masih lagi koma.

bulan tetap setia memancarkan sinaran menerangi malam, aku tetap teguh berdiri atas jalan yang tak pernah lurus.
bila aku nak berubah? setiap hari soalan yg sama. bila aku nak belajar untuk terima semua ni dgn rela? hari-hari fikir benda sama.
penat, tapi sebenarnya sedih dgn diri sendiri.
dua tahun, aku masih macam ni, menanti benda yg tak pasti.
haha, dah macam patah hati, dah macam patah sayap kiri, mujur masih boleh berlari lagi.
yang benar, nakh87.

andaikata.

hati aku doe,
sedih gila.

ini salah aku juga.

tanggung sendiri lah hati,
sabar saja dengan dugaannya.

ini takdir kau, kau kena redha.

dia dah jauh,
beribu berjuta batu dari kau,
dan memang takkan kembali.

aku selalu fikir --
andai aku dipertemukan dgn dia mata bertemu mata,
apa yang aku kena lakukan.

hati aku masih pada dia atau ..
aku yg masih tak boleh lupakan dia.

"sabar ziemah"

aku nak cerita --
aku seorg panas baran.

cakap kasar,
mata jeling,
muka garang.

sungguh,
aku nak sangat jadi lembut.
nak orang lain gelar aku yang baik-baik.
sebab kata itu kan doa.

pernah sekali,
aku tengah baran,
sorang member usap belakang aku --
bicara yang dia ucap adalah "sabar ziemah"

waktu tu jugak nak aku peluk dia.
nak aku nangis kat bahu dia.
aku rindu. sangat rindu dia.

percayalah--
aku juga perempuan.
perempuan biasa.

aku tidak mahu meluah dgn bibir,
aku suka taip dan berharap agar hati dia terusik,
cara aku.

writing is definite and clear
and no one can tell if i am crying
or laughing
through written words alone.



Surat untuk sang lelaki penyinggah #1

Image
Selamat malam duhai bulan,
lampu jalan yang menerangi setiap langkah,
sunyi, gelap.

aku mengaku,
setiap kali masih teringat dia,
cuma masih.

duduk buat kerja,
dengar 'ku tetapkan menunggumu - hady mirza',
hayati setiap bait ayat.

sungguh,
aku rindu sang lelaki penyinggah itu,
masih tinggal secebis rasa.

sang lelaki penyinggah,
mana kamu,
apa khabarmu,
sudah pertemukah kamu perempuan yang kamu idamkan.




bila aku kurus nanti.

Bila aku kurus nanti,
aku nak buat macam-macam.
banyak benda yang aku rasa masih tak terbuat.

aku nak panjat bukit,
aku nak terjun tower tinggi tu sambil jerit,
aku nak masuk lari,
aku nak.

tapi sabar,
tidak tercapai lagi impian itu,
mungkin ada hikmah sendiri.

senyum,
sabar.

hati , mohon rilek.

Diri,
kenapa?
mengapa?

suka je.
rilek ah,
yang nak gelabah tak pasai awatnya?
nak malu tak pasai.

yang hati pasai nak kerja lebih masa pulak ni,
rilek ah.

kata jiwa kerek,
tak gentar.

belajar tak habis dah gatai.

B.Baling.

Image
Malu, tapi untuk kali itu memang tidak menahan.
titis-titis mengalir deras, dalam bulatan itu.
tidak peduli mata-mata melihat, aku dalam dunia sendiri.
bahu terangkat-angkat nahan sedu, dada sesak.

Tidak peduli apa dikata,
"ahh, anak manja."
"ahh, kuat merajuk."
"marah lettuw."
mereka tidak tahu apa sebenarnya,
tidak tahu.

kau pernah rasa ke kena tinggal sorang,
kau pernah rasa kau nak mengadu bila sedih takde orang selain Tuhan,
kau pernah rasa kau nak belajar, tapi takde org kau nak rujuk,
kau pernah rasa mcm mana aku rasa aku sorang dlm dunia ni.
tak pernah.

setiap kali latihan,
bayangan, suara  mereka,
aku dengar. jelas.
hati mana tak sebak, jiwa mana nak nahan.

cuping menangkap setiap baitnya,
tapi hati kata sabar, ngadu pada Tuhan.
dalam sedu sedan, aku berkata-kata dengan Tuhan.
Walau aku hamba hina, aku mohon DIA dengar.

aku tahu peristiwa itu akan buat aku dipersendakan,
diperlekehkan,
"eii, dah lah nangis, kuat merajuk , ada hati nak marah…

kecewa.

lepasni takde sape-sape dah.

takde.
aku akan diam sahaja.
diam.

ya.

nombor tak dikenali. utk malam itu.

Untuk malam ini,
aku teringat kamu,
sebenarnya untuk setiap malam,
cuma malam ini rindu itu melebih.

tetiba henset berbunyi,
aku lihat nombor tak dikenali,
aku angkat,
suara itu, suara yang aku rindu.

Tuhan,
terima kasih.
terima kasih untuk semuanya.

dia khabarkan,
dia akan pulang tidak lama lagi,
rindu kami akan bertaut.

dia khabarkan,
siang tadi dia ada kol,
dia nangis mahu dengar aku,
tapi tiada jawapan,

maaf,
tapi kamu akan pulang sayang.
kamu akan pulang.
mohon kuat,
untuk sedikit masa lagi.

"Mah, rindu..jaga diri...love you..aku pegi dulu nak study..doakan aku.. assalamualaikum..."
*dengar sebak pengakhir kata*





bila kau kena pilih...

bila kau kena pilih, antara jujur dan khianat kawan sendiri, atau sokong kawan dan bertentang dengan suara hati, aku rasa buntu, tapi aku pilih jujur akhirnya.
aku harap mereka faham, aku takut, dikata takde pendirian sendiri bila sokong kawan, dikata berlagak bila jujur.
complicated.
serius, aku harap mereka faham, aku kena sedar diri, realitinya aku sorang.
dan, aku takut aku cakap menyinggung perasaan lain, takut bila aku cakap benda yang aku rasa tak berbaloi, tanpa sedar, aku dah tambah berbakul-bakul dosa.
hati kata "Tuhan, jagalah hati ini, tetapkanlah iman ini dan jangan biar minda ini mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Tuhan, aku mohon."  sambil istighfar perlahan hanya sendiri mendengar.
yang satu ini, ampun Bonda, maaf Bonda :/

kotak memori, tentang dia.

Image
selongkar kotak memori,
ternyata aku simpan,
masih.

letak di telapak,
jari jemari mula menutup,
mata pejam, rapat.
bertahan.

pernah luka,
dan meluka,
maaf untuk lelaki itu,
dan maaf untuk hati sendiri.

entah kemana dia,
aku tak tahu,
tapi aku percaya Tuhan jagakan kau.

terima kasih buat dia,
singgah dalam hidup,
beri banyak pengajaran,
kemudian pergi hilang tanpa khabar.

terima kasih Tuhan,
terima kasih kau,
terima kasih bulan untuk setia kamu teman malam aku :)

buat masa ini,
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim :)


aku kecewa, takde sape dengar.

Image
Assalamualaikum,
jiwa sesak rasa nak luah,
tapi takde sapa yang aku biasa.

Jadi aku simpan,
sampai rumah aku terus tulis belog,
penat simpan sepanjang hari,
kawal muka supaya orang tak nampak muka kecewa.

kecewa kenapa?
sebab keputusan exam aku tak dapat A,
memang rasa macam bodohkan,
memang rasa macam aku ni dari dulu memang bodoh tapi berlagak.

okay diri,
tenang okay,
baru permulaan,
jangan terburu-buru.



diri, mohon senyum untuk nikmat Tuhan ini,
diri, mohon bersyukur.
diri, mohon bersyukur.
Alhamdulillah, Syukran Allah :)

Jiwa, kenapa kamu.

Jiwa,
mohon cepat perginya.
aku tak selesa.

Jiwa,
kenapa aku memberontak rindukan kamu.
kenapa kamu.
kenapa kamu yang tak pernah faham isi hati.

Jiwa,
aku suka kamu.
biar org kenal kamu sebagai jiwa.
biar tiada siapa tahu kecuali Tuhan.

kerna ..
aku masih keliru.
aku tidak mahu kamu kecewa.
kecewa macam aku dulu.


Si tua lemah.

Image
selamat malam buat sekalian alam,
moga tidur disantap mimpi indah, sedangkan aku masih terjaga kini, jiwa gelisah mengenang si tua.
Si tua yg bagai kerenah. *senyum*
dia jatuh tempoh hari,  rasa tersentak jantung, entah kenapa padahal aku tidak seberapat mana.
banyak yang dibelajar dari kisah Tuhan beri, melihat si tua penuh wayar jernih yg dicucuk perit di lengan, buat aku rasa sayu, bernafas guna alat pernafasan rasa bagai diri terseksa, tangan kiri kanan diikat.
argh.  terseksa jiwa, perit mata.
saat terbaring lemah teringat dosa lampau, teringat segala hutang dan lalai, banyak. rasa terhingga.
kepala berat,  jiwa celaru, badan sakit.
Tuhan, berilah kesihatan yang baik untuknya agar bisa dia jalankan ibadat dan mendekatkan diri kepadaMu.Tuhan, permudahkanlah segalanya. Tenangkan hatinya, damaikan jiwanya. Ameen :)

aku takut hilanglah aku memilih untuk tak memiliki :)

Seorang lelaki.
kacaknya bagi aku alhamdulillah cukup sifatnya.
rasa itu datang sehari cuma.
suka.
tapi hati menafikan.
mungkin ini permainan syaitan yang menguji iman.

aku tidak mahu melayan.
makin melayan makin menjadi.
makin meliar serata jiwa rasa itu.

aku takut hilanglah aku memilih untuk tak memiliki.
boleh tak kau faham kenapa.
hanya yang pernah rasa..
mampu faham..

atas dasar jalan apa aku pilih begini..
naluri aku kata..
aku tak mahu berulang lagi....

first. no facebook.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari pertama tiada facebook. Rasa macam pelik sikit sebab aku boleh dikategorikan addicted online memanjang. Oleh kerana saranan bonda untuk aku berhenti facebook untuk kebaikan aku, aku cuba untuk tak online. kata bonda, jangan online. kalau nak berblog takpe.dia tak gemar aku berfacebook katanya. Harap akan berpanjangan lamanya.Tahu juga ada baik buruknya facebook. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. pergi buat seketika. hilang buat sementara. Biar mereka tertanya kemana hilang aku. kemana pergi aku. 
"ridhollahu fi ridhol walidi. wa sakhotu robbi fi sakhotil walidi"  - redha Allah adalah redha orang tua. dan murka Allah adalah murka orang tua - 
Alhamdulillah, syukur pada Tuhan atas segala nikmat. segala rasa berbolak-balik menjadikan aku semakin dekat dgn Tuhan. bonda pun sentiasa ada disisi jadi peneman. bertanyakan apa masalah aku bila dilihatnya aku tidak senang.
Ya, mungkin dulu aku sedikit kecewa. Kecewa kerna tak dapat masuk as…

Bonda.

Assalamualaikum. malam yang tenang. Syukur Alhamdulillah.
Bonda.. terima kasih... sedar aku perlu kamu.
setiap kata... penuh makna.. beri aku satu kuasa...
Kamu penguat. agar aku berdiri di atas kaki sendiri. Kamu kata kamu tak nak lihat aku jatuh.
Kamu kata kamu beruntung. kerna ada aku. masih setia.
memang payah. tengking jerit sama. nangis marah.
tapi kamu satu. tiada ganti. bagi aku kau paling bermakna.
mak. umi. ibu. segalanya milik aku.

argh. sakit.

hati penuh luka aku tetap junjung.
sakit.
perit.

kau pergi.
kau peluk aku lepastu kau nangis.
aku diam.
masih kaku.
dibiarkan semuanya.

kau lepaskan pelukan ,
aku terus pergi -- seakan tiada apa berlaku.
kau tak pernah tahu yang aku tergesa keluar kerna --
ego aku tidak mampu bertahan lama.
sambil berjalan sambil kesat air mata bercucuran.

argh.
sudahlah.
pergi saja kau.
kau memang manusia buta.
beribu ayat pun yang aku update.
hanya aku saja biasa terjemahkan.



Untuk kamu.Jangan buat aku jatuh hati. aku khuatir.

Assalamualaikum.
Jangan pernah menjawab segala hal yang pernah kukatakan
tentang rasaku ke padamu.
Diam saja, tolong rapatkan bibirmu.
Karena barangkali saja, dengan begitu aku akan lupa,
kata-kata yang sudah kukatakan padamu dulu. Aku begitu menyukaimu. 
Aku begitu mengagumimu. 
Aku begitu mencintaimu. 
Dan aku begitu berharap dapat memilikimu. 
Bukan hanya sekedar menjadi teman. 
Walau sudah terlalu banyak waktu yang kita bersama habiskan. Jatuh cinta padamu, 
seperti melengkapi kebahagiaan hidupku. Jangan. Sudahlah jangan.
Tak perlu kau memikirkan kalimat-kalimat tentang cintaku padamu. Cinta yang sudah sedari lama kurasakan.
Anggaplah aku hanya membaca keras-keras
kalimat dalam buku romantis.
Supaya semua yang mendengarnya
dapat bersikap sangat manis. Ah, sudahlah.
Mengapa kau terus saja bertanya apa yang begitu kutakutkan?
Aku begitu tak ingin mengungkapkan.
Membayangkanmu akan mengatakannya,
membuatku kehilangan seperempat jiwa.
Dan akan sangat sulit untuk kembali menumbuhkannya. Aku be…

lelaki cakap macam-macam. maaf aku tak selesa dgn lelaki risau terlanjur rasa.

Terima kasih Tuhan.

mungkin kerna cinta yg hancur itu aku jadi begini.
cinta yang sudah terang haram itu.

aku jadi semakin matang dalam ujian.
aku jadi benci pada cinta lelaki.
aku jadi kasar pada lelaki kerna aku takut aku terjatuh cinta.

kebanyakkan lelaki yg kawan dgn aku kata macam-macam.
"awaklah perempuan hipokrit yg sy pernah jumpa."
"kau ni memang tak reti hormat org lebih tua.
mak kau leh respect tapi org yg lebih tua yg lain tak boleh."

ini lelaki yang cakap. aku kasar. aku tak reti respect.

Forum "Cintai Rasulullah."

Assalamualaikum.

Jumaat malam sabtu.
Tadi di sekolah ada forum.
"Cintai Rasullullah" sempena maulidur rasul.
kali pertama forum. selalunya ceramah biasa,

menarik.
ustaz lawak dan pandai nyanyi. isi bernas.
tak ngantok seperti biasa.
semua seakan terpaku dan terpana.

Sebelum tu dipersembahkan nasyid.
dijamahkan ayat cintai rasul.
aku terdiam.
aku tenung dan hayati lagu tu.
tiba ada satu perasaan yg memang berbeda.
air jernih mula bertakung macam tongkah yg menunggu utk pecah.

sebelum ia pecah aku kesat.
aku khuatir dipandang aneh.
aku hanya manusia biasa.
aku manusia byk dosa.
layakkah aku untuk merasa istimewa seperti itu.
layak ke....aku rasa tak.
tapi hanya Tuhan tahu.

"Tuhan akan bagi ujian,Tuhan akan selamatkan kau sebelum kau hanyut."
aku percaya kata tu.
aku pernah jatuh.
aku pernah bercinta.
aku pernah diperbangangkan.

tapi sebelum aku terus hanyut dengan cinta manusia yang banyak kisah hitam.
Tuhan terlebih pantas dan cekap menangkap aku sebelum hanyut.

mesej itu.dari salah satu dari mereka

Pintu kamar aku kuak.
dilepaskan segala beban di bahu.
terus ke hadapan komputer.
itulah rutin. setiap hari aku.

Tanpa mereka.
aku seperti biasa.
tapi... kali ini...aku..
kehilangan.
hanya ada seorang aku.

jatuh bangun sendiri.
tiada manja lagi.
tiada peluk menari sebaris kawan.

Laman fesbuk aku log in.
satu mesej masuk.
mesej dari salah satu antara mereka.
ya.. mereka yang pergi itu..

Pesannya...jangan kuat emo...
pesannya lagi .. jaga diri...
dia kata suruh kuat..
dia kata suruh jaga solat...

InShaa Allah...
aku cuba.
Selamat maju jaya ya bakal Doktor :)


tak suka orang kapel.

aku tak suka orang berkapel.
tanya kawan aku.
siapa berkapel memang aku tak suka.
tapi aku juga pernah berkapel.
tapi kadang anak muda salah anggap hubungan kapel tu sendiri.

lelaki.
aku tak anti mereka.
aku cuma TAK SELESA dengan mereka.

Bukan aku tidak berperasaan.
cuma aku sudah penat dengan kesedihan.
cukup hanya satu lelaki aku pernah beri hati .
dan dia pulangkan dengan keadaan yang tragis.
serik.
pedih.

Bagi aku.
Jodoh urusan Tuhan.
Takdir hak mutlak milik Tuhan.
Segunung cinta tak dapat mengusai kekuatan takdir....


Katek aku ;)

Tunggu.
kenapa rasa ini menjamah aku. kenapa dia yang aku selalu tengking jerit sama. kenapa...
Benar. Itu sudah menjadi rutin. tiap hari berbalah tengking jerit. maki hamun. debat sana sini.
tapi... kau yang paling aku rindu. kau yang paling menusuk jiwa. kau yang paling segalanya.
Biar... biar apa datang.. walau hati kata benci.. walau ramai batu api..
kau.. tetap kau.. dan kau telah kembali menjadi kau. kawan aku. sahabat aku.  dan... Katekk aku :D
“Ada seseorang dalam hidupmu yang ketika ia pergi, maka ia juga membawa sepotong hatimu.” Moga Tuhan lindungi kau di sana :)

Mohon Tuhan...

Tuhan.
aku mohon agar diberi kesempatan ini untuk aku berubah.
aku mohon agar diberi peluang ini.
aku berazam jika aku dapat yg ini aku akan taat kepada-Mu.

Ampunkan aku.
Ampunkan setiap dosa ku.

Berilah aku kejayaan.
Berilah aku peluang utk aku sungguh-sungguh utk kali ini.
Beri aku petunjuk mana yang harus aku pergi.
yang mana yang terbaik.

Aku adik yg rasa bangang.

Salam Maulidur Rasul.
Hari ini aku jadi pencerita. kejap, bukan aku memang pencerita tetap utk Si Belog ke.

Aku adik.
memang kadang aku rasa aku punya abg paling gampang.
dan kadang aku rasa aku punya abg paling hensem dalam dunia.

Tengking jerit setiap masa.
buat aku rasa bangang.
buat aku rasa disampahkan.

kau hina .
sampai sekarang aku ingat.

tapi aku pun ingat.
bila kau cubit aku sebab usik kau panggil sayang.
kau sedar aku baca mesej kau dengan awek.

Aku memang terkurang sana sini.
kau kenapa?
kau tak terima aku adik ke.

memang rasa macam celaka betul.
memang kau aku tak ngam.
tapi aku cuba.
jadi adik yg baik.





Tiga meja itu. hanya aku.

Beberapa hari ini aku bingung.
aku keseorangan.
ramai manusia kasihan akan aku.
ramai manusia lihat aku bosan.

Tiga meja itu. hanya aku.
masih bertahan seakan kukuh tapi benar lemah.
Beliau tanya : ziemah, okay ke. aku kata okay.
Beliau yang lain kata. kat rumah belajar ye yunk.
Kerna mereka faham isi hati.
mereka ngerti apa yg tak bisa bibir bicarakan.
mereka faham aku malas dan lambat.

Sungguh aku rasa air jernih mengalir.
rasa aku perlu kuat.
kuat untuk semua ujian ini.
2 tahun ini aku harus hadapi seorang diri.
tergapai gapai mencari pertolongan yang hanya datang cuma beliau.
rasa terharu.
terharu kerna masih ada kasihan aku.
masih ada perhatikan aku.
masih ada juga Bonda peneman tidurku.
peneman kala mimpi hitam menjamah aku.

Mereka kata : aku nak pindah.
aku kata : nak blah, blah je lah.
Bukan menghalau bukan rasa hati yg ingin kau pergi.
Kau harus faham aku berkata tak sama dengan hati yang merasa.
Kau tahu aku Ego. kau tahu aku macam mana.
Tapi kenapa kau masih ingin pindah.
*…

sabar tenang. aku mohon.

Aku penat.
aku penat melayan kerenah sendiri.
amarah sendiri.

aku susah.
aku cari kawan tak dapat.
aku nangis.

kenapa. mengapa.
susah benar mencari kawan sebenar.
takpe fikir positif.
mungkin masa tidak sesuai.
mungkin mereka penat seharian berjalan.

habis aku? aku ni apa? robot?
yg tak penat seharian berjalan.
aku hilang benda dan memang aku cuak.
bila cerita pada kawan.
kawan kata...

"Itulah kau sape suruh tinggalkan." "uish buku tu..." "Lain kali jangan berjalan merata-rata"
aku nak kata ayat macam ni memang palat. tak membantu langsung. buat cuak jadi makin cuak. faham.
Kawan gembira memang ramai.  Sebenarnya, kawan sedih hanya diri kita. Pada kau, mungkin ini masih tidak relevan. Tapi percayalah suatu hari kau pasti sedar ia benar :)


Nak blah. blah je la.

Kalau nak pergi. pergi saja lah.
Tak payah nak madah-madah kata lah apa lah.
aku meluat.
Bukan apa.
bagi aku yang tidak dapat cemburu mula selubungi diri.

kata hati.
Jangan heboh hebohlah kau dapat sekolah tu.
aku nak berjaya dari kau.

ahaks.
boleh ek macam tu?
punyalah menyampah aku. punya lah jeles aku.
ish buruk perangai.

lepas cakap.

hmm maaf.
fikiran aku sempit.
aku tak matang dari segi fikir.

aku fikir negatif.
aku terlampau lepas bila cakap.
*menangis*

Mereka Pergi.

12.1.13 Hari yang sedih. Tapi aku mampu senyum. Masing-masing menghitung hari untuk pindah. Aku? masih di sini. Memujuk hati untuk redha dengan kenyataan. Mohon diberi kekuatan kerana semuanya tak seindah impian. Tidak mengapa. Mungkin ada hikmah. Dan setiap ujian itu aku mampu. 
Ika dan Na nak pindah teknik. Seorang demi seorang. Aku sedar tiada mereka juga aku mampu hidup dan bernafas. Tapi semuanya barangkali akan berubah. Tidak sama dan tidak serupa. Aku hanya seorang perempuan besar yang selalu dihina. Mereka juga alasan aku masih disini berdiri dgn keyakinan diri yg samar. Umi, Mai, Wani, Sal entah kenapa aku terlalu pasti mereka juga bakal menyusul meninggalkan aku.
Hanya tinggal aku dan Ari. Sungguh aku cemburu lihat mereka pindah di tempat baru. Pindah di tempat yang lebih baik. Tapi aku sedar, aku tidak layak sebab keputusan. Aku banyak main dan bergurau seolah semua ini tidak penting langsung.
Azam aku tinggi tapi aku masih keliru ini hanya angan-angan atau benar matlamat. …

semua baru.

Assalamualaikum.
hai belog,,

cerita baru. cerita rindu. cerita tabah.
aku minta tukar kelas baru. kelas akaun. kelas yang mana asing bagi aku.
kelas yang memang tiada sahabat yg 6. hanya aku dan Wani.
3 tahun bersama akhirnya pisah demi tujuan yg sama. Demi berjaya.
Takpe. sebelah je pun.
tapi..

"Rindu nak tengking jerit nyanyi sama.

Rindu nak cebik jeling cubit tepuk sama."


Sebelum aku jatuh cinta dengan tulisan,
dengan keindahan awan,dan  burung yang bersiulan,
Engkaulah,yang buat aku jatuh cintaterlebih dahulu. 



aku cuba bukan aku tak cuba.
tapi aku masih ditakuk lama.

over thinking.

Aku buntu.
Aku terlebih merisau.
Sampai terlebih ambil serius tentang sesuatu perkara remeh.
sampai aku hilang arah dan hampir gila.
kau tahu gila.

Sebenarnya aku silap.
aku silap menilai dan menghadapi ujian.
semua ujian Allah beri tidak lebih dari kemampuan kita.
Ya. betul itu.

Aku patut sedar.
Aku mampu hadapinya.

rasa.

Dunia.
lelaki perempuan.
suka minat sayang cinta.
aku penah rasa.

aku pun penah hampir hancur.
nasib ada Ilahi.

tapi cukup sekali.
sudah buat aku sedar.
bahaya cinta sebelum nikah.

serik. pedih.