Posts

Showing posts from December, 2012

peluklah aku sahabat, jangan biar.

Bila kamu nampak aku di situ terdiam,
jangan kau biar.
peluklah diriku wahai sahabat.

aku perlu kamu.

Bila aku sedang marah.
Peluklah aku.
jangan kau biar aku sendirian.
biar aku menangis di pelukan kamu.

aku tahu marahku sudah menggores banyak hati.
yang sampai kini tidak hilang parutnya.

maafkan aku.
aku juga manusia.
banyak silap dan lemahnya.

Cerita Malam Tahun Baru. #Azam

Image
Assalamualaikum.
yaw yaww.
Malam Tahun baru. memang nervous.
Tapi aku pendam. luah pada si belog.
kenangan 2012 akan aku simpan.
sampai bila-bila. In Shaa Allah ;)

Azam baru? ada...
aku tulis takut ada masa leka.
Mungkin nampak mudah tapi sebenarnya payah :)

AZAM 2013 1. Lebih sabar. -Aku sedar aku panas baran dan aku rasa bende ni langsung tak memberi manfaat pada aku-
2. Solat penuh 5 waktu. - aku cuba untuk buang nafsu jahat dan malas aku-
3. belajar bersungguh-sungguh. -ye, aku kena belajar. Impian aku nak belajar luar negara-
4. tak melawan cakap mak. -aku jahat. sekrang aku nak berbakti pada mak-
5. menabung walaupun sikit. -Bak kata sediakan payung sebelum hujan.aku nak tolong mak aku bila mak tak cukup duit-
6. bersyukur dan tak merungut. -Rezeki Allah bagi, dan ujianNya penuh hikmah :)-
7. kurangkan main internet. -sebenarnya, memang aku dah ketagih online so aku cuba untuk online ikut masa-
8. makan dan tidur ikut masa. -aku nk kuruskan badan-
9. banyakkan senyum. -aku akan s…

Jalan Boling Masuk Longkang,

Image
Assalamualaikum.
Fuh mengantok.
tapi luangkan sedikit masa untuk si belog.
Aku rindu belog barangkali.

tadi pergi ipoh parade.
naik bas benti kamdar ambik teksi pegi parade.
Uncle teksi tu sangat sporting.
Siap menyanyi dan bersembang dgn kami.

Aku ekceli pegi berlapan*teringat novel minah ekceli.
so,bahagi dualah kan.
memang syiok tapi penat berjalan.
main boling,makan foodcourt,jalan-jalan,makan dorayaki.

memang ohsem.
okay dekat parade dia punya KERABU SEAFOOD sangat sedap.
Tapi jangan beli dekat foodcourt sebab dekat situ memang tak sedap.
so, beli dekat kedai yg bahagian thailand yg jual baju byk tu.


Sebelum berpisah ke sekolah lain lain.
Enjoy bersama dulu.
mesti rindu sangat nanti.

En. Kenangan, terima kasih :)

Pernah sekali, Engkau ku miliki Tapi sayangnya telahpun berakhir Kisah ini…
Cukuplah sudah atas segalanya Yang kau berikan cuma kehampaan Engkau hancurkan segala impian Yang terbina... 
Kau tinggalkan aku sebegitu saja

Hanya satu pintaku, Ubahlah sikapmu itu Bukannya untuk diriku, Tapi demi kebaikanmu...  -petikan lirik Chomel- Ubahlah Sikapmu-

Kepada En. Ex,
semoga bahagia kamu di sana.
Alhamdulillah kini aku dengar kamu semakin pulih.
Semoga ini berpanjangan dan engkau tidak menjadi seperti dulu lagi .

Aku sudah maafkan kamu.
Tapi maafkan aku juga.
kerna tak dpt melupakan apa yang telah kamu buat dahulu.

parut itu masih ada.
tidak tahu bagaimana hendak hilang.

aku sentiasa berharap kamu jumpa wanita yang layak untuk kamu.
yang boleh menegur kamu jika kamu salah.
yang boleh menjadi ibu yg baik untuk anak kamu.

aku masih disini.
belajar dan belajar.
mengejar ilmu yang tak pernah berpenghujung.
pengalaman menjadi aku tabah.
aku harap aku mampu menempuh bongol-bongol yg bakal mendatang..…

Rezeki.

Image
Alhamdulillah.
ada rezeki sikit dapat juga beli henfon touchscreen.
tak mahal takpe janji boleh guna.
lepasni misi kumpul semula duit.

Tapi bila guna henfon touchscreen ni rasa memang menguji kesabaran betul.
henfon yg aku dapat ni loading nak menaip pun kena tunggu.
internet pun guna maxis punya.
sudah lah maxis ni jenis cekik darah.
nasib aku ada beli nombor celcom.

ah sebenarnya dua dua sama je.
nak kata nasib baik lagi rumah aku ayh letak wifi.
hehe :D

Biar semuanya.

Pesanan kepada lelaki. *petikan status Harith Faisal. 

Kalau ada perempuan yang sudah mula bercerita tentang hati dan perasaan (walaupun tidak direct), maka cepat-cepatlah lari daripadanya dan berhenti berhubung dengannya (kecuali jika kamu juga ada hati dengannya). 

Kerana perempuan hatinya mudah terasa dicintai, sedangkan mereka hanya syok sendiri. 
Dan yang paling penting, jangan bagi apa-apa harapan kepada mereka. 
Kalau memang tak sukakan dia, terus cakap terus terang:



"Tolong jangan ganggu hidup saya dengan cerita hati dan perasaan awak tu. Maaf, saya tak pernah sukakan awak."

Kau, aku tahu kau barangkali tidak pernah tahu perasaan ini. aku juga tahu aku tidak layak untuk mengatakan ini. aku tahu aku muda *haha lawak pulak tapi memang kau tua pun kan.
kau, aku tahu suatu hari aku mungkin akan hadapi berbagai kemungkinan. aku tahu itu.
aku tahu Ilahi sudah merancang semuanya. aku tahu jika kau jodoh aku. kita kan berjumpa juga. Jika tidak aku tahu ada yang lebih baik dari ka…

Surat untuk kau #2

Rindu.
ye aku tahu semua ini nafsu semata.

tapi aku tak bisa ungkapkan ini pada kau.
aku tak mahu kau tahu.
aku suka kau.

Aku tahu kemungkinan untuk hilang kau tu besar gila.
tapi aku juga tahu Ilahi dah merancang semuanya sebaik mungkin.

Aku bahagia disini.
disisi Ilahi dan juga dikelilingi manusia yang positif, In Sha Allah.
aku juga harap kau begitu.
Harap semua nya baik-baik dan lebih Afdal :)

*senyum*

Mak dan Aku.

Alhamdulillah...
Tesco -> Megoplex -> Econsave
Kesian mak.
Terima kasih mak.
Sayang mak sampai bila-bila.

Jalan-jalan nampak otak-otak beku.
Ambil lari anak ke mak dekat kaunter.
letak, mak bayar. hehe...

Dan dapat juga beli headphone.
dah lama nak beli.
baru sekrang termakbul.

Betul.
semalam aku kata teringin makan keropok lekor.
mak kata takde duit.

Tiba-tiba pagi tadi mak kata ade beli keropok lekor dan popia goreng.
popia goreng??! pergh feveret siot!

ini yang aku kata betul tu.
Kasih seorang ibu sampai ke syurga.
Terima kasih mak ♥

Surat untuk kau #1

Kau yang pernah dulu aku jumpa.
kau yang disitu kecil molek.
kau datang. buat aku sendiri tak boleh kawal diri. gelak tak boleh kawal. gelak bukan sikit-sikit tapi sampai menangis.
kau yang sekarang sudah jauh beratus batu. Barangkali kau juga sudah berpunya. tapi aku hanya mampu luahkan pada si belog.
Kau tua. haha.
tapi kau pun dah berjaya buat aku hilang diri aku. Eii menyampah gila jadah ni jadi. tapi suka. eh aku pun konfius.
Kau kecil, kau kiut. Aku besar, aku kiut.
Alamak terberangan sweet pulak. Kau jangan ziemah. Kang dia kawen kau nyanyilah lagu pelamin anganku musnah. haha.

Hasrat.

Aku kena tanamkan hasrat ni sedalam mungkin.
Sekukuh mungkin.

Aku mesti boleh.
aku tahu mungkin payah tapi aku tahu juga aku boleh.

Meski banyak halangan.
aku akan cuba untuk hadapi.
aku akan cuba.

kalau tidak sampai bila harus begini.
Tiada sape yang akan menolong.
Hanya diri sendiri yang mampu mengubah.
kau kena kuat.
tak boleh malas malas.
tahan nafsu..
sabar...

lelaki.

Lelaki.
Mungkin ada yang bisa membuat jantung ini berdenyut laju.
tapi aku lebih berhati-hati.

Aku pernah ditusuk kaca yang tajam.
Sakit.
Pedih.

Bila seorang perempuan berkawan dengan seorang lelaki.
mereka barangkali akan lupa kawan sejenis.
Lumrah.

lelaki perempuan umpama magnet.
bahaya bila rapat.

Aku jadi kasar.
dengan lelaki.
tak tahu kenapa.
mungkin itu aku yang sebenar.

kasar tapi lembut.
sukar untuk dimengerti tapi senang untuk difahami.
Aku sendiri mushkil.

Mungkin benar,
andai suatu hari nanti akan ada lelaki yang bisa fahami jiwa ini.
andai hanya tinggal andai...


Ujian Hidup.

Aku tak tahu.
Mungkin inilah yang membuatkan aku kuat.

Dalam satu hari ujian datang bertubi-tubi.
Hanya mampu mengurung diri dalam sebuah bilik kecil.
mendengar setiap kata-kata yang penuh menyakitkan.
Pedih.

Terkadang aku buntu.
kenapa harus semua ini aku tahu.
kenapa pada umur yang bagi aku semuda ini.

Senja itu aku menunaikan kewajipan dengan penuh airmata jernih di wajah.
Mungkin tidak dapat menahan sebak.
Sebak yang barangkali akan menjatuhkan aku.

Semuanya pasal duit dan harta.
Aku benci semua tu.
tapi entah kenapa aku masih memerlukan itu.

mereka berkata seolah tidak mengerti ada satu hati kecil yang setia mendengar.
Aku tahu.
Aku bukan orang senang.
Tapi aku punya maruah.
Maruah yang akan aku jaga sampai bila-bila.

Mak.
wanita yg tampak kuat.
tapi di hatinya penuh rasa.
Beliau menangis bila keseorangan.
Beliau satu-satunya harta aku.

Biar pelbagai ujian mendatang.
Beliau tetap tabah.
Aku menjadi diarinya.

Aku mushkil.
Andai diri ini tiada, siapa akan menjadi buku hidupnya.
Sia…

Kata Campur-Naruto.

Image
I think Naruto is better. 
it teaches us lessons of life. 

It teaches me way more than school does. 
What friends, family and affections are, Naruto taught all that to me. 
Naruto isn't just some anime anymore, nor is it just a pastime for when I'm bored.

"The longer you live the more you realize that the world is full of pain and suffering.
Wherever there is light, there are also shadows.
As long as the concept of winnners exists, there will always be losers" 
~Madara Uchiha~

The star of the show,
you are a mischievous troublemaker,
who will do just about anything for attention,
though you've got your reason.

it would help if there was someone to care about you,
but no one seems to like you much or care that you're sorry for the past.
you're really not a bad guy,
just...
lonely and with dreams larger than life...

Ikhlas.

Daun yang jatuh tak pernah membenci angin.
dia membiarkan dirinya jatuh begitu saja.
tak melawan. mengikhlaskan semuanya.

bahwa hidup harus menerima.
penerimaan yang indah.
bahwa hidup harus dimengerti.
pengertian yang benar.
bahwa hidup harus memahami.
pemahaman yang tulus.

tak peduli lewat apa semua itu datang.
tak masalah meski lewat kejadian yang sedih dan menyakitkan.

biar dia jatuh sebagaimana mestinya.
biar angin merengkuhnya.
membawa pergi entah kemana.

hakikatnya gugurnya daun mengajar kita tentang keikhlasan.

Pengalaman adalah guru yang sangat bermakna.
Orang yang dahulu dibawah.
kini berada di atas.

Kejayaan yang benar benar ialah bila kita jatuh dan berusaha untuk berdiri semula.
Walaupun mereka memperkatakan yang jahat-2 saja.





Aku jahat.

Aku jahat.
Itu yang bisa aku khabarkan.

Aku pernah lawan cakap mak aku.
Aku tahu macam mana rasa tidak tenangnya hati.

Aku sayang mak.
tapi mungkin saat itu aku tidak berjaya mengawal nafsu.
aku kalah dengan bisikan mereka-2 dibelakang telinga.
Oh lemahnya iman aku.
Jahatnya aku.

Ampun mak.
Maafkan aku.

Suatu hari nanti aku akan buktikan aku akan berjaya.
Dan ini kata-kata yang aku luahkan.
Dari dalam lubuk hati.
Yang tak bisa diungkap dihadapanmu.

Aku tahu mungkin payah.
Tapi aku pasti tidak mustahil :)

Syukur.

Sekarang semuanya telah selesai. 3A 4B 1C  Syukur Alhamdulillah. Mungkin ini yang terbaik. Allah Maha Adil.
Tapi kenapa mereka seakan tidak puas. Tidak bersyukur dengan apa yang ada. Hati pedih. Jiwa sentak. Tapi aku tahan.
Kerna semua berlaku atas kehendakNya. Mungkin mereka tidak tahu. Aku juga kecewa. Tapi sengaja aku endahkan. Kerna aku tahu jika aku layan, aku barangkali telah tewas dari bisikan setan.
Sudah tidak ada rezeki. Apa lagi yang harus aku buat. Aku tidak menyesal. Malah aku rasa ini setimpal dgn apa yang aku usahakan.
Tapi mereka. Hanya mahu mengeluarkan kata-kata yang bisa menjatuhkan aku. "Kalau result macam ni bawak pergi RPS pun dia suruh balik."
Sabar hati. Sabar jiwa. Ini Rahsia Ilahi :)
"Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." (31:12)

hipokrit.

"Tak pernah aku jumpa perempuan hipokrit macam kau ni."
Aku hipokrit. Hipokrit bila mempertahan diri yang sebenar. Bila jadi diri sendiri dikata hipokrit.  Lawak sungguh.
Murah sungguh mengeluarkan kata tanpa mengenal dahulu. Ternyata apa yang aku jangkakan tentang kau semuanya salah.
Dude, kesianlah. Hidup kau pura-pura.
Dan sekarang aku hanya mampu gelak dan gelak. bukan apa. Hanya ingin menutup gelabah yang semakin menguasai disetiap pelusuk badan. Menunggu Esok jam 10 dengan penuh sabar. Argh*

Esok result.

Aku rimas.
Rimas kerna jantung yang hari ini kerja lebih masa.

Esok harinya.
Hari yang jika boleh ingin aku jarakkan sejauh mungkin.
Hari yang bakal menentukan hala tuju kehidupan.
Ya, barangkali hanya ujian biasa.
Tapi bagi aku tetap penting.

Gelabah.

Hati Panas, Menangis.

Marah. Rasa mahu menangis mata ini. Pedih.
Kalau begini. sampai bila aku mahu tetap begini. Aku hanya mahu benda itu. itupun banyak sungguh alasannya.
Tidak bersenam lah. Bila dikata mahu diminum pabila sudah mula sekolah. Dikata menganggu permbelajaran. Aku bengang. Rasa mahu menangis.
Menangis kerna tidak ada mahu ngerti. isi hati ini seakan hancur. sudah sekian lama.
Aku bertahan. senyum saat dihina. mereka tak mengerti. hanya tahu mengejek tanpa memberi bantuan.
Aku rapuh. tapi mereka seakan tidak endah.


Nervous.

Isnin , Selasa dannnnnnnnnnnnn Rabu bersamaan 19 Disember.
Hari demi hari.
detik demi detik.
haiih berpoloh den ni hah.

hati bagai hendak terkeluar dari sangkarnya.
rasa cukup merimaskan.
takut untuk berkata lebih.
hanya mampu berserah pada Ilahi.

Mohon dipermudahkan.
Mohon diberi kejayaan.
Amin ~

Maaf.

".........Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya." (4:19)

sekali lagi aku ucap.
Maaf.
mungkin kali ini.
harus aku jatuhkan ego ku sebawah mungkin.
untuk insan di sayang.
sayang? mungkin.

dia kawan.
tidak mahu aku lihat dia dan aku berkecai.
berkecai hanya kerna perihal seremeh ini.
perihal yang mungkin saat ini dikuasai setan.
setan yang sudah terang musuh manusia.

ye aku kawan.
kawan yang ingin lihat kawan bahagia.
Tapi kenapa terkadang aku sendiri membuat onar.
memegang kaktus yang sudah sedia tahu ada durinya.

Yang aku benci bukan dirinya.
Tapi lelakinya itu!
Bukan dia!
Cukup sudah sakiti dia.
dia tidak tahu apa.
dia perempuan.
seperti engkau.
Engkau yang pernah dulu disakiti.
dulu dikhianati.
dulu dipinggirkan.
dulu hilang jalan.
hilang segalanya.

Tapi kerna ada DIA aku bangkit.
kerna ada mereka aku bangkit.
Penyuntik semangat.
Pendengar masalah.

Mana mungkin aku sanggup.
hilang seorang manusi…

hari ini.

Ahh celaka sungguh.
masa begini memang ramai sungguh batu apinya.
ramai sungguh yg cuba burukkan dia.
tolong hentikan.

seburuk mana pun dia.
dia tetap kawan aku dan bukan lawan aku.
Kau kena kuat.
walau apa pun caranya.
kuat.
jangan jatuh.
pada mereka-mereka yang membisik di belakang telinga.

terpaksa lagi aku ulang perkataan itu.
lelaki.
aku selalu jumpa lelaki yang salah.
yang hanya tahu membatu apikan orang.
memburukkan lagi keadaan yang sudah keruh.

2 muka dalam satu kepala.
sial bukan?


Kata-kata.

Tersenyum aku.
Dingin malam temani aku.
Terasa pahit tapi aku telan.

Sudah aku katakan.
Kau kawan bukan lawan.
bukan debat yang aku inginkan.
cuma tidak ingin melihat kau jatuh.
seperti aku.

jika lelaki puncanya.
sudah ku bilang ia bahaya.
tapi kau degil.
sekarang, kawan menjadi lawan.

jika kau kata kau bukan seperti aku.
kau bukan selemah aku.
dan kau bukan sebangsat aku.

aku tidak tahu.
aku hanya ingin selamatkan kau.
Aku tak nak mereka mempersetankan kau.

aku takut.
aku takut hilang kau yang kini semakin bukan kau.
pudar.
bundar.

Ye aku tahu kau jaguh.
Bijak berkata-kata.
pintar menyusun bicara.
Pandai mengambil hati.

Cuma aku mahu kau tahu.
kata itu aku tujukan untuk kamu.
bukan untuk berdebat.
Hanya ingin sekelumit sedar.
sedar bahwa aku sayang kau.




Pesan.

Maaf.
kata-kata itu.
ya untuk itu.
memang benar sengaja ku biar kau terasa.

Bodoh.
Kerna biar kau menangis.
biar kau terluka dan terhiris.

Janji.
janjiku takkan ku lupa.
setia bersama tak kira duka atau gembira.

Ingat.
Ada punca semua ini.
tidak mahu ku lihat kau jatuh macam aku.
hilang macam aku.
Menanti macam aku.

Tidak sanggup aku.
kau kawan bukan lawan.
Ada punca aku buat.
Ingat itu.