Posts

Showing posts from June, 2012

Ujian seorang sahabat :)

Image
Hari ni 26 jun 2012 .Aku tahu aku salah , aku dah minta maaf. Kalau itu pun tak cukup lagi , aku tak tahu nak buat apa dah .Kalau itu membuatkan aku terpaksa berubah , ye aku akan berubah .Aku takkan happy macam dulu lagi , aku takkan kacau hidup korang lagi dan semua tentang korang aku takkan sentuh lagi .
Aku tahu benda tu privacy dan aku tahu aku salah .Tapi tak boleh nak menipu ,aku bagitahu awal-awal benda tu . Sekarang benda tu kau cerita dekat orang ,takpe kawan . Aku tahu ini salah .Maafkan aku .Jika perlu , tiada lagi Aziemah yang dulu .
Aku cuma nak pesan dengan ko , makin banyak kita berkongsi makin susah untuk kita berpisah .Aku dulu pun mcm kau , degil tak dgr ckp .lepas aku rasa , baru aku tahu nasihat seorg kawan tu ada benarnya . Tidak mengapa kawan ,Biarkan aku seorang . Allah ada menemaniku , biar apa dimindamu ,mungkin kau adalah ujian Allah untukku :)

Shahir , lagu baru :p

Image
Wazzup.Alhamdulillah selesai juga projek English .Ringan sikit rasanya .Terima kasih dekat Salwa , Arina dan Wani sebab beri kerjasama .Lepas ni folio sejarah dengan folio sivik pulak .Hari makin hari tak sangka umur aku dah 15 tahun .Bila tengok tv mesti ada cerita yang atas 14 tahun , lepastu mesti bangga sebab umur dah 15 tahun dan boleh tengok cerita tu .Tak Boleh Blah :p
Dah pukul satu dan aku masih belum boleh tidur .Layan lagu Shahir . wowwo , dia ada lagu baru . Sangat menyentuh hati dan padan dengan aku :)


Setiap baris lirik ni membawa maksud yang sangat mendalam .Takpe kau tak baca apa yang aku tulis kat blog sebab aku tak nak kau tahu aku terluka :)
Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka Setiap k…

Just a piece of memory ...

Image
Yaw yaw.Malam isnin dan aku masih tak boleh tidur.Baca blog orang ,terasa pula nak menulis.Memandangkan malam ni pun sunyi , aku nak menulis isi hati dan layan lagu jiwang .Tengok bulan , adakah Si Dia juga sedang memandang bulan itu .Siapa tahukan :D

Awak,saya dekat sini bahagia. Saya harap awak juga bahagia bersama gf awak.Saya dah lama berharap yang awak akan baca apa yang saya tulis dekat blog ni. Tapi saya rasa awak takkan baca kot. Dulu , awak selalu buat saya senyum , sekarang awak buat gf awak tersenyum .Mungkin ini semua sangat perit untuk saya. Tapi tak mengapa , janji awak bahagia bersama wanita yang awak cintai .

Dulu janji-janji manis awak , buat saya percayakan awak . Saya tahu mungkin awak dah lupa janji awak . Tapi tak mengapa sebab "Melayu mudah lupa" hehehe. Dulu awak selalu sangat buat lawak bodoh lepastu gelak sorang-2 . Saya senyum je walaupun tak lawak tapi saya tahu awak berusaha buat saya bahagia .Awak selalu cerita masalah dekat saya . Macam saya ni di…

Cuti dua minggu.Esok Sekolah.

Image
Woot woot , bibir muncung bunyi tikus .Gaya ngorat aweks yang terpemes.Habis sudah cuti dua minggu dan saat yang dinanti-nanti esok sekolah .Rindu sekolah tapi tak rindu kerja sekolah .Kerja sekolah baru nak buat hari ni tu yang 2 pagi tak tido lagi .
Cuti dua minggu ni aku buat apa entah sampai kerja sekolah pun tak buat .Sekejapnya cuti rasa nak call pengetua kata nak cuti sebulan lagi .Tapi apakan daya , tiada kekuatan nak cakap macam tu hehe .Tak ulangkaji pun untuk PMR , apa nak jadi ni zimah oi. kau nak PMR bukannya exam akhir tahun . Pejam celik makan tido online sekejap je dah nak PMR . Lagi 5 Bulan nak PMR dan 3Bulan trial .Cukup ke masa nak cover untuk form1 hingga form3 .Okay  *geleng kepala* huh , mengeluh sekejap :) Hari tu jumpa Muna , kawan sekolah rendah waktu gua muda muda haha. lepas tu lepak sambil panjat pokok  .Aku memang suka panjat memanjat ni , kira mencabar dan menarik ar . Muna dah rampinggg siot , gua je masih bambam lagi haha .Bila nak kurus entahlah .Takpela…