Posts

Showing posts from May, 2012

senyum dan terus melangkah .

Image
1Tahun 6Bulan 4Minggu. Dan semuanya hilang dan terus pergi bagai air sungai yang terus mengalir .Aku juga terus melangkah dengan penuh kesabaran . Aku terus berjalan dan senyum . Berbagai perangai manusia aku jumpa dan tidak lupa juga aku belajar mengenali diri aku . Aku tidak pasti kenapa harus aku masih mengharap. Ingat Aziemah , Cinta pertama tu tak semestinya jodoh kita :) 
Sabar dan terus melangkah. Allah tahu apa yang kita tak tahu :)

Saat hati berkata "INGIN", namun ALLAH berkata "TUNGGU",
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata "SENYUMLAH",
Saat segalanya terasa "MEMBOSANKAN", namun ALLAH berkata "TERUSLAH MELANGKAH"
"Meskipun aku tahu cintaku tidak berbalas,  Namun aku tetap bahagia kerana aku dipanggil Allah untuk bercinta denganNya :) "



exam .. mid year ..

Image
Hari yang sangat gembira. Ye , gembira walaupun ada sedikit rasa sedih di hati . Segera aku jauhkan pemikiran ini daripada terus memikirkan  lelaki yang dahulu pernah bertakhta di hati .Fikiran celaru dan aku cuba untuk tenangkan hati sendiri. Hati yang remuk tapi masih berfungsi. Aku tak tahu kenapa masih fikirkan dia mungkin benar kata mereka . Kita hanya memerlukan 1 jam untuk jatuh cinta tapi memerlukan sepanjang hidup untuk melupakannya . Takpe ,kita mungkin tak boleh melupakan seseorang tapi kita masih boleh kawal untuk melupakan orang itu perlahan-lahan :) Tadi pergi rumah syafikah , ingat nak ulangkaji sebab esok ujian . sekejap je ulangkaji lepastu masing-masing lebuh tengok movie dekat laptop. Gelak gelak , tapi di dalam hati Allah je tahu kan . Betul kata orang , perempuan ni berkata tak sama dengan hati yang merasa . Tapi , aku tahu pasti ada hikmah disebalik semua ni . Aku Yakin! Esok ujian Midyear , hari ni hati tak sedap je . aku cuba tenangkan hati . Aku cuba pujuk ha…

Lagi berapa bulan yek?

Image
3 May 2012 , 8 May birthday abang Kembar dan ayah Chu aku . Hadiah tak terfikir lagik.Lagi 2 minggu ujian pertengahan tahun dan lagi berapa bulan je lagik nak PMR . Nebes pun ada . Rasa cepat sungguh masa berlalu . Dan aku tak sedia apa-apa . Bila tengok keputusan PMR along aku . Rasa macam hebatnyer dia . 8A 1B , dia sekolah agama so ada arab . Aku yang takde arab ni pun susah nak dapat 8A . Tapi tak mustahil kan :) Mereka juga orang biasa tapi mereka berbeza kerana mereka berusaha luar biasa :)   Pembelajaran dekat sekolah , setakat ni boleh pick up lagik. Cuma kena banyak latih tubi supaya tak lupa.hah! Aku ada bagitahu pasal hadiah birthday mak aku. aku harap dia suka hadiah tu walaupun simple . Dan yang paling aku tak boleh lupa , dia peluk aku time nak masuk sekolah sebab ade kem jawi pada hari lahir dia . Dia pujuk aku sebab tak boleh ikut pergi anugerah cemerlang angah aku . Rasa nak menangis .Hari ibu nanti nak buat apa ek ? pikir pikir pikir! Mak , you are the best Ever! …