Posts

Showing posts from April, 2012

mulut berkate tak same dengan hati merasa ~

Image
Malam yang tenang ku perdengarkan lagu nasyid yang mengigatkan aku kepada Allah. Wahai diri , jangan lah senang kamu berputus asa . Wahai diri , senyumlah walaupun kamu diuji dengan ujian yang berat .Wahai diri , tambahlah amal ibadatmu dan jadilah wanita muslimah yang baik. Wahai diri ,Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita denganNya. itu adalah cinta teragung. The greatest love that we gain :)
Wahai diri , senyumlah . Nampak mudah tapi sangat mendalam .  Wahai diri , Bersabarlah dari kemarahan yang sangat mendalam. Semuanya peringatan buat diri yang banyak berbuat dosa .  Peringatan buat diri sebagai hamba Allah di muka bumi ini .
"Ya Allah .... Engkau yang Maha tahu segalanya ."
Ujian Allah itu pelbagai rasa . Allah tahu segala gelodak rasamu . Jadi , jangan putus asa dengan rahmatnya . Walaupun kita rasa perit ujian tu , percayalah Allah sangat sayang kepada kita :) Berdoa dan beribadatlah kepada Allah , jangan risau Allah dengar :)

#ingat , hid…

"LA TAHZAN"

Image
Selamat Pagi Dunia dan semua makhluk Allah . Syukur Alhamdulillah .Akhirnya cuti sekolah dua hari ni boleh rehat . Sibuk sangat dengan kerja sekolah , kerja khusus , kerja kayu lagi . Masa cuti masa untuk rileks kan minda sambil dengar lagu sambil baca buku "La Tahzan" 
"Sesungguhnya aku melihat melalui pengalaman masa-2 lalu ,  bahawa kesabaran itu mempunyai kesudahan yang terpuji" Alhamdulillah , Semua ini mengajar kita utk mengenal diri dgn hati yang ikhlas .Pengalaman itu adalah guru sejati buat kita . ecewahh , pandai berbahasa sekarang kau zimah ^.^
ingat ye , persiapkan diri kita utk menghadapi perkara yg paling buruk , maka akibatnya kita akan selalu merasa baik . Wahai diri , jangan gentar atau takut untuk menyahut cabaran . Kalau tak , kau akan rugi ;)
"Jika ingin membenci seseorang, janganlah membenci dirinya. Tetapi bencilah pada perbuatannya. Manusia boleh berubah, perbuatan boleh berlalu. Taubat sentiasa terbuka. Adakala kita memaki manusia yang sudah…

Aku mengaku Khilafku .

Image
Wahai Manusia , Kamu pelbagai ragam .Jika kamu tanyakan adakah aku marah diatas perbuatan kamu itu terhadap aku . Aku akan menjawab "Aku tidak marah wahai kaum adam .Semuanya terjadi dgn izinNya .Aku tahu ini yang terbaik untukku"
Hari berganti Hari .Dulunya aku seorang perempuan biasa yang tidak tahu apa-apa .Kini, selama 15 tahun hidup di Bumi Allah ini satu persatu aku belajar . Pelbagai karenah manusia yang aku jumpa .Kekecewaan itu mengajar aku supaya lebih berhati-hati apabila berjalan . Kekecewaan itu mengajar aku lebih berhati-hati memilih antara Kaca dan Permata .
Aku hanya manusia biasa dan aku mengaku khilafku . Allah sahaja Maha Sempurna. Hati yang sabar , jiwa yang tenang walau dilanda badai , Pasti akan beroleh kebahagiaan dan kegembiraan bila Redha dengan setiap ujian daripadaNya. InsyaAllah :)
Sekarang , aku hanya perlu tersenyum dan bersabar . Aku tahu Allah mengujiku kerana sayang padaku . Semakin Allah Sayang kepada seseorang hamba, Semakin kuat ujian Buatnya…

chaiyok zimah !

Image
Perempuan cepat matang sebab suka fikir banyak pasal benda kecik . Betul ke ? atau hanya percakapan kaum adam sahaja ? Bagi Aku , betul juga apa yang diperkatakan . Aku juga terkadang terfikir banyak padahal masalah itu kecik saja . Now, take it easy ;)

Kamu dan kamu nak tahu tak . Sekarang Aku perlahan-lahan berubah dan Aku harap Aku akan istiqamah dgn perubahan ini .Betul kata orang masa yang berlalu dan cabaran yang ditempuhi akan mematangkan kita.Mak kata kat aku yg pekerja dia kata "Aziemah ni pikir dah macam perempuan 20 tahun padahal baru 15 tahun" . Aku tersenyum , sudah ramai yang kata macam tu :)

Sekarang , Aku hanya ingin dekatkan diri kepada Penciptaku .Hanya Allah yang boleh mendamaikan dan menenangkan jiwaku . Terima Kasih Allah sebab telah memberi ujian ini dan menjadikan aku lebih kuat di masa akan datang . Aku rindu padaMu , Walaupun aku tahu Allah sentiasa memerhatikanku dan bersamaku. Aku hanya manusia biasa yang masih mencari segenap cahaya buat meneran…