Posts

Showing posts from 2012

peluklah aku sahabat, jangan biar.

Bila kamu nampak aku di situ terdiam,
jangan kau biar.
peluklah diriku wahai sahabat.

aku perlu kamu.

Bila aku sedang marah.
Peluklah aku.
jangan kau biar aku sendirian.
biar aku menangis di pelukan kamu.

aku tahu marahku sudah menggores banyak hati.
yang sampai kini tidak hilang parutnya.

maafkan aku.
aku juga manusia.
banyak silap dan lemahnya.

Cerita Malam Tahun Baru. #Azam

Image
Assalamualaikum.
yaw yaww.
Malam Tahun baru. memang nervous.
Tapi aku pendam. luah pada si belog.
kenangan 2012 akan aku simpan.
sampai bila-bila. In Shaa Allah ;)

Azam baru? ada...
aku tulis takut ada masa leka.
Mungkin nampak mudah tapi sebenarnya payah :)

AZAM 2013 1. Lebih sabar. -Aku sedar aku panas baran dan aku rasa bende ni langsung tak memberi manfaat pada aku-
2. Solat penuh 5 waktu. - aku cuba untuk buang nafsu jahat dan malas aku-
3. belajar bersungguh-sungguh. -ye, aku kena belajar. Impian aku nak belajar luar negara-
4. tak melawan cakap mak. -aku jahat. sekrang aku nak berbakti pada mak-
5. menabung walaupun sikit. -Bak kata sediakan payung sebelum hujan.aku nak tolong mak aku bila mak tak cukup duit-
6. bersyukur dan tak merungut. -Rezeki Allah bagi, dan ujianNya penuh hikmah :)-
7. kurangkan main internet. -sebenarnya, memang aku dah ketagih online so aku cuba untuk online ikut masa-
8. makan dan tidur ikut masa. -aku nk kuruskan badan-
9. banyakkan senyum. -aku akan s…

Jalan Boling Masuk Longkang,

Image
Assalamualaikum.
Fuh mengantok.
tapi luangkan sedikit masa untuk si belog.
Aku rindu belog barangkali.

tadi pergi ipoh parade.
naik bas benti kamdar ambik teksi pegi parade.
Uncle teksi tu sangat sporting.
Siap menyanyi dan bersembang dgn kami.

Aku ekceli pegi berlapan*teringat novel minah ekceli.
so,bahagi dualah kan.
memang syiok tapi penat berjalan.
main boling,makan foodcourt,jalan-jalan,makan dorayaki.

memang ohsem.
okay dekat parade dia punya KERABU SEAFOOD sangat sedap.
Tapi jangan beli dekat foodcourt sebab dekat situ memang tak sedap.
so, beli dekat kedai yg bahagian thailand yg jual baju byk tu.


Sebelum berpisah ke sekolah lain lain.
Enjoy bersama dulu.
mesti rindu sangat nanti.

En. Kenangan, terima kasih :)

Pernah sekali, Engkau ku miliki Tapi sayangnya telahpun berakhir Kisah ini…
Cukuplah sudah atas segalanya Yang kau berikan cuma kehampaan Engkau hancurkan segala impian Yang terbina... 
Kau tinggalkan aku sebegitu saja

Hanya satu pintaku, Ubahlah sikapmu itu Bukannya untuk diriku, Tapi demi kebaikanmu...  -petikan lirik Chomel- Ubahlah Sikapmu-

Kepada En. Ex,
semoga bahagia kamu di sana.
Alhamdulillah kini aku dengar kamu semakin pulih.
Semoga ini berpanjangan dan engkau tidak menjadi seperti dulu lagi .

Aku sudah maafkan kamu.
Tapi maafkan aku juga.
kerna tak dpt melupakan apa yang telah kamu buat dahulu.

parut itu masih ada.
tidak tahu bagaimana hendak hilang.

aku sentiasa berharap kamu jumpa wanita yang layak untuk kamu.
yang boleh menegur kamu jika kamu salah.
yang boleh menjadi ibu yg baik untuk anak kamu.

aku masih disini.
belajar dan belajar.
mengejar ilmu yang tak pernah berpenghujung.
pengalaman menjadi aku tabah.
aku harap aku mampu menempuh bongol-bongol yg bakal mendatang..…

Rezeki.

Image
Alhamdulillah.
ada rezeki sikit dapat juga beli henfon touchscreen.
tak mahal takpe janji boleh guna.
lepasni misi kumpul semula duit.

Tapi bila guna henfon touchscreen ni rasa memang menguji kesabaran betul.
henfon yg aku dapat ni loading nak menaip pun kena tunggu.
internet pun guna maxis punya.
sudah lah maxis ni jenis cekik darah.
nasib aku ada beli nombor celcom.

ah sebenarnya dua dua sama je.
nak kata nasib baik lagi rumah aku ayh letak wifi.
hehe :D

Biar semuanya.

Pesanan kepada lelaki. *petikan status Harith Faisal. 

Kalau ada perempuan yang sudah mula bercerita tentang hati dan perasaan (walaupun tidak direct), maka cepat-cepatlah lari daripadanya dan berhenti berhubung dengannya (kecuali jika kamu juga ada hati dengannya). 

Kerana perempuan hatinya mudah terasa dicintai, sedangkan mereka hanya syok sendiri. 
Dan yang paling penting, jangan bagi apa-apa harapan kepada mereka. 
Kalau memang tak sukakan dia, terus cakap terus terang:



"Tolong jangan ganggu hidup saya dengan cerita hati dan perasaan awak tu. Maaf, saya tak pernah sukakan awak."

Kau, aku tahu kau barangkali tidak pernah tahu perasaan ini. aku juga tahu aku tidak layak untuk mengatakan ini. aku tahu aku muda *haha lawak pulak tapi memang kau tua pun kan.
kau, aku tahu suatu hari aku mungkin akan hadapi berbagai kemungkinan. aku tahu itu.
aku tahu Ilahi sudah merancang semuanya. aku tahu jika kau jodoh aku. kita kan berjumpa juga. Jika tidak aku tahu ada yang lebih baik dari ka…

Surat untuk kau #2

Rindu.
ye aku tahu semua ini nafsu semata.

tapi aku tak bisa ungkapkan ini pada kau.
aku tak mahu kau tahu.
aku suka kau.

Aku tahu kemungkinan untuk hilang kau tu besar gila.
tapi aku juga tahu Ilahi dah merancang semuanya sebaik mungkin.

Aku bahagia disini.
disisi Ilahi dan juga dikelilingi manusia yang positif, In Sha Allah.
aku juga harap kau begitu.
Harap semua nya baik-baik dan lebih Afdal :)

*senyum*

Mak dan Aku.

Alhamdulillah...
Tesco -> Megoplex -> Econsave
Kesian mak.
Terima kasih mak.
Sayang mak sampai bila-bila.

Jalan-jalan nampak otak-otak beku.
Ambil lari anak ke mak dekat kaunter.
letak, mak bayar. hehe...

Dan dapat juga beli headphone.
dah lama nak beli.
baru sekrang termakbul.

Betul.
semalam aku kata teringin makan keropok lekor.
mak kata takde duit.

Tiba-tiba pagi tadi mak kata ade beli keropok lekor dan popia goreng.
popia goreng??! pergh feveret siot!

ini yang aku kata betul tu.
Kasih seorang ibu sampai ke syurga.
Terima kasih mak ♥

Surat untuk kau #1

Kau yang pernah dulu aku jumpa.
kau yang disitu kecil molek.
kau datang. buat aku sendiri tak boleh kawal diri. gelak tak boleh kawal. gelak bukan sikit-sikit tapi sampai menangis.
kau yang sekarang sudah jauh beratus batu. Barangkali kau juga sudah berpunya. tapi aku hanya mampu luahkan pada si belog.
Kau tua. haha.
tapi kau pun dah berjaya buat aku hilang diri aku. Eii menyampah gila jadah ni jadi. tapi suka. eh aku pun konfius.
Kau kecil, kau kiut. Aku besar, aku kiut.
Alamak terberangan sweet pulak. Kau jangan ziemah. Kang dia kawen kau nyanyilah lagu pelamin anganku musnah. haha.

Hasrat.

Aku kena tanamkan hasrat ni sedalam mungkin.
Sekukuh mungkin.

Aku mesti boleh.
aku tahu mungkin payah tapi aku tahu juga aku boleh.

Meski banyak halangan.
aku akan cuba untuk hadapi.
aku akan cuba.

kalau tidak sampai bila harus begini.
Tiada sape yang akan menolong.
Hanya diri sendiri yang mampu mengubah.
kau kena kuat.
tak boleh malas malas.
tahan nafsu..
sabar...

lelaki.

Lelaki.
Mungkin ada yang bisa membuat jantung ini berdenyut laju.
tapi aku lebih berhati-hati.

Aku pernah ditusuk kaca yang tajam.
Sakit.
Pedih.

Bila seorang perempuan berkawan dengan seorang lelaki.
mereka barangkali akan lupa kawan sejenis.
Lumrah.

lelaki perempuan umpama magnet.
bahaya bila rapat.

Aku jadi kasar.
dengan lelaki.
tak tahu kenapa.
mungkin itu aku yang sebenar.

kasar tapi lembut.
sukar untuk dimengerti tapi senang untuk difahami.
Aku sendiri mushkil.

Mungkin benar,
andai suatu hari nanti akan ada lelaki yang bisa fahami jiwa ini.
andai hanya tinggal andai...


Ujian Hidup.

Aku tak tahu.
Mungkin inilah yang membuatkan aku kuat.

Dalam satu hari ujian datang bertubi-tubi.
Hanya mampu mengurung diri dalam sebuah bilik kecil.
mendengar setiap kata-kata yang penuh menyakitkan.
Pedih.

Terkadang aku buntu.
kenapa harus semua ini aku tahu.
kenapa pada umur yang bagi aku semuda ini.

Senja itu aku menunaikan kewajipan dengan penuh airmata jernih di wajah.
Mungkin tidak dapat menahan sebak.
Sebak yang barangkali akan menjatuhkan aku.

Semuanya pasal duit dan harta.
Aku benci semua tu.
tapi entah kenapa aku masih memerlukan itu.

mereka berkata seolah tidak mengerti ada satu hati kecil yang setia mendengar.
Aku tahu.
Aku bukan orang senang.
Tapi aku punya maruah.
Maruah yang akan aku jaga sampai bila-bila.

Mak.
wanita yg tampak kuat.
tapi di hatinya penuh rasa.
Beliau menangis bila keseorangan.
Beliau satu-satunya harta aku.

Biar pelbagai ujian mendatang.
Beliau tetap tabah.
Aku menjadi diarinya.

Aku mushkil.
Andai diri ini tiada, siapa akan menjadi buku hidupnya.
Sia…

Kata Campur-Naruto.

Image
I think Naruto is better. 
it teaches us lessons of life. 

It teaches me way more than school does. 
What friends, family and affections are, Naruto taught all that to me. 
Naruto isn't just some anime anymore, nor is it just a pastime for when I'm bored.

"The longer you live the more you realize that the world is full of pain and suffering.
Wherever there is light, there are also shadows.
As long as the concept of winnners exists, there will always be losers" 
~Madara Uchiha~

The star of the show,
you are a mischievous troublemaker,
who will do just about anything for attention,
though you've got your reason.

it would help if there was someone to care about you,
but no one seems to like you much or care that you're sorry for the past.
you're really not a bad guy,
just...
lonely and with dreams larger than life...

Ikhlas.

Daun yang jatuh tak pernah membenci angin.
dia membiarkan dirinya jatuh begitu saja.
tak melawan. mengikhlaskan semuanya.

bahwa hidup harus menerima.
penerimaan yang indah.
bahwa hidup harus dimengerti.
pengertian yang benar.
bahwa hidup harus memahami.
pemahaman yang tulus.

tak peduli lewat apa semua itu datang.
tak masalah meski lewat kejadian yang sedih dan menyakitkan.

biar dia jatuh sebagaimana mestinya.
biar angin merengkuhnya.
membawa pergi entah kemana.

hakikatnya gugurnya daun mengajar kita tentang keikhlasan.

Pengalaman adalah guru yang sangat bermakna.
Orang yang dahulu dibawah.
kini berada di atas.

Kejayaan yang benar benar ialah bila kita jatuh dan berusaha untuk berdiri semula.
Walaupun mereka memperkatakan yang jahat-2 saja.





Aku jahat.

Aku jahat.
Itu yang bisa aku khabarkan.

Aku pernah lawan cakap mak aku.
Aku tahu macam mana rasa tidak tenangnya hati.

Aku sayang mak.
tapi mungkin saat itu aku tidak berjaya mengawal nafsu.
aku kalah dengan bisikan mereka-2 dibelakang telinga.
Oh lemahnya iman aku.
Jahatnya aku.

Ampun mak.
Maafkan aku.

Suatu hari nanti aku akan buktikan aku akan berjaya.
Dan ini kata-kata yang aku luahkan.
Dari dalam lubuk hati.
Yang tak bisa diungkap dihadapanmu.

Aku tahu mungkin payah.
Tapi aku pasti tidak mustahil :)

Syukur.

Sekarang semuanya telah selesai. 3A 4B 1C  Syukur Alhamdulillah. Mungkin ini yang terbaik. Allah Maha Adil.
Tapi kenapa mereka seakan tidak puas. Tidak bersyukur dengan apa yang ada. Hati pedih. Jiwa sentak. Tapi aku tahan.
Kerna semua berlaku atas kehendakNya. Mungkin mereka tidak tahu. Aku juga kecewa. Tapi sengaja aku endahkan. Kerna aku tahu jika aku layan, aku barangkali telah tewas dari bisikan setan.
Sudah tidak ada rezeki. Apa lagi yang harus aku buat. Aku tidak menyesal. Malah aku rasa ini setimpal dgn apa yang aku usahakan.
Tapi mereka. Hanya mahu mengeluarkan kata-kata yang bisa menjatuhkan aku. "Kalau result macam ni bawak pergi RPS pun dia suruh balik."
Sabar hati. Sabar jiwa. Ini Rahsia Ilahi :)
"Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." (31:12)

hipokrit.

"Tak pernah aku jumpa perempuan hipokrit macam kau ni."
Aku hipokrit. Hipokrit bila mempertahan diri yang sebenar. Bila jadi diri sendiri dikata hipokrit.  Lawak sungguh.
Murah sungguh mengeluarkan kata tanpa mengenal dahulu. Ternyata apa yang aku jangkakan tentang kau semuanya salah.
Dude, kesianlah. Hidup kau pura-pura.
Dan sekarang aku hanya mampu gelak dan gelak. bukan apa. Hanya ingin menutup gelabah yang semakin menguasai disetiap pelusuk badan. Menunggu Esok jam 10 dengan penuh sabar. Argh*

Esok result.

Aku rimas.
Rimas kerna jantung yang hari ini kerja lebih masa.

Esok harinya.
Hari yang jika boleh ingin aku jarakkan sejauh mungkin.
Hari yang bakal menentukan hala tuju kehidupan.
Ya, barangkali hanya ujian biasa.
Tapi bagi aku tetap penting.

Gelabah.

Hati Panas, Menangis.

Marah. Rasa mahu menangis mata ini. Pedih.
Kalau begini. sampai bila aku mahu tetap begini. Aku hanya mahu benda itu. itupun banyak sungguh alasannya.
Tidak bersenam lah. Bila dikata mahu diminum pabila sudah mula sekolah. Dikata menganggu permbelajaran. Aku bengang. Rasa mahu menangis.
Menangis kerna tidak ada mahu ngerti. isi hati ini seakan hancur. sudah sekian lama.
Aku bertahan. senyum saat dihina. mereka tak mengerti. hanya tahu mengejek tanpa memberi bantuan.
Aku rapuh. tapi mereka seakan tidak endah.


Nervous.

Isnin , Selasa dannnnnnnnnnnnn Rabu bersamaan 19 Disember.
Hari demi hari.
detik demi detik.
haiih berpoloh den ni hah.

hati bagai hendak terkeluar dari sangkarnya.
rasa cukup merimaskan.
takut untuk berkata lebih.
hanya mampu berserah pada Ilahi.

Mohon dipermudahkan.
Mohon diberi kejayaan.
Amin ~

Maaf.

".........Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya." (4:19)

sekali lagi aku ucap.
Maaf.
mungkin kali ini.
harus aku jatuhkan ego ku sebawah mungkin.
untuk insan di sayang.
sayang? mungkin.

dia kawan.
tidak mahu aku lihat dia dan aku berkecai.
berkecai hanya kerna perihal seremeh ini.
perihal yang mungkin saat ini dikuasai setan.
setan yang sudah terang musuh manusia.

ye aku kawan.
kawan yang ingin lihat kawan bahagia.
Tapi kenapa terkadang aku sendiri membuat onar.
memegang kaktus yang sudah sedia tahu ada durinya.

Yang aku benci bukan dirinya.
Tapi lelakinya itu!
Bukan dia!
Cukup sudah sakiti dia.
dia tidak tahu apa.
dia perempuan.
seperti engkau.
Engkau yang pernah dulu disakiti.
dulu dikhianati.
dulu dipinggirkan.
dulu hilang jalan.
hilang segalanya.

Tapi kerna ada DIA aku bangkit.
kerna ada mereka aku bangkit.
Penyuntik semangat.
Pendengar masalah.

Mana mungkin aku sanggup.
hilang seorang manusi…

hari ini.

Ahh celaka sungguh.
masa begini memang ramai sungguh batu apinya.
ramai sungguh yg cuba burukkan dia.
tolong hentikan.

seburuk mana pun dia.
dia tetap kawan aku dan bukan lawan aku.
Kau kena kuat.
walau apa pun caranya.
kuat.
jangan jatuh.
pada mereka-mereka yang membisik di belakang telinga.

terpaksa lagi aku ulang perkataan itu.
lelaki.
aku selalu jumpa lelaki yang salah.
yang hanya tahu membatu apikan orang.
memburukkan lagi keadaan yang sudah keruh.

2 muka dalam satu kepala.
sial bukan?


Kata-kata.

Tersenyum aku.
Dingin malam temani aku.
Terasa pahit tapi aku telan.

Sudah aku katakan.
Kau kawan bukan lawan.
bukan debat yang aku inginkan.
cuma tidak ingin melihat kau jatuh.
seperti aku.

jika lelaki puncanya.
sudah ku bilang ia bahaya.
tapi kau degil.
sekarang, kawan menjadi lawan.

jika kau kata kau bukan seperti aku.
kau bukan selemah aku.
dan kau bukan sebangsat aku.

aku tidak tahu.
aku hanya ingin selamatkan kau.
Aku tak nak mereka mempersetankan kau.

aku takut.
aku takut hilang kau yang kini semakin bukan kau.
pudar.
bundar.

Ye aku tahu kau jaguh.
Bijak berkata-kata.
pintar menyusun bicara.
Pandai mengambil hati.

Cuma aku mahu kau tahu.
kata itu aku tujukan untuk kamu.
bukan untuk berdebat.
Hanya ingin sekelumit sedar.
sedar bahwa aku sayang kau.




Pesan.

Maaf.
kata-kata itu.
ya untuk itu.
memang benar sengaja ku biar kau terasa.

Bodoh.
Kerna biar kau menangis.
biar kau terluka dan terhiris.

Janji.
janjiku takkan ku lupa.
setia bersama tak kira duka atau gembira.

Ingat.
Ada punca semua ini.
tidak mahu ku lihat kau jatuh macam aku.
hilang macam aku.
Menanti macam aku.

Tidak sanggup aku.
kau kawan bukan lawan.
Ada punca aku buat.
Ingat itu.

Duapuluhsembilan sebelas

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah nak habis da bulan November dan bakal menjelang bulan December. Persediaan untuk ke tingkatan 4 , uish sungguhlah mencabar dari segi fizikal dan mental. Kalau sekarang pun dah bermacam dugaan dan aku pasti dugaan yang semakin besar akan menanti aku. 
Sekarang satu je aku neves, Keputusan Penilaian Menengah Rendah.
Aku ni tak lah pandai mana. Just , sederhana je. Tapi harapan aku nak masuk asrama tu tinggi lah jugak. Yelah , nak ambik pengalaman. Orang kata masuk asrama ni best, boleh berdikari , hidup lagi mencabar. Tapi aku tak pasti, aku ni kuat ke nak hadapi dugaan kalau masuk asrama nanti. Dapat ke kawan baru sbb aku ni jenis susah nak berkawan tapi tegur tegur tu aku peramah lah.
Kadang-kadang tu aku rasa mcm hilang arah. Aku hilang identiti aku. Aku hilang arah tuju. Takde sape yang nak membantu selain aku cuba bermohon berdoa kepada Allah S.W.T .Ye, mungkin ada hikmahnya dan Allah saja tahu kenapa bukan skrg dia bak tunjukkan hikmah tu :…

BB dan BJ :)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haihhh kenapa cuti terasa lama sangat ni. Dah tak tahu nak buat apa pulak dekat rumah. Aktiviti luar ada jugak ikut tapi tetap bosan. So, bila dah bosan duduk rumah apa lagi yang boleh aku buat selain menaip. Laptop tu nak kata 23 jam jugak lah aku mengadap, naik bosan dgn muka buka dan twitter.Rasanya kalau laptop tu hidup dia mesti menyampahlah tengok muka toya aku.

Pagi tadi ada latihan bola jaring sekolah rendah aku. Aku dengan muka baru bangun tido kelam kelibut dtg sekolah. Lepastu aku yang tak tahu main ni pun tibai je lah main. Habis semua rules aku langgar tapi tak ditegur cikgu pun. sebab aku saja join junior main. hehe malu pulakk kan sbb senior tak tahu main. Sebabnyaaaa, bidang aku bola baling. Main bola baling senang ajer tak byk rules , tak yah nak paku-paku kaki.

Penat juga sebab dah lama takexercise. Aiii maklumlah bila dah semakin besor ni makin malas nak exercise. Esok ada lagi, tapi terasa tak nak pergi pulak. Sebab esok ramai …

Dua Puluh Satu Haribulan Sebelas

Image
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Sejak drpd cuti sekolah sampai hari ni, aku still tak bekerja walaupun waktu mula cuti semangat nak kerja.Baru aku sedar bkn senang nak cari kerja,malah aku rasa belajar lagi best.Cuti sebulan lebih ni, aku pun tak pasti apa yang nak buat.Memang bosan lah juga asyik menghadap benda sama makan tido online kalau mcm ni hari-hari lingkup jugak aku naik berat badan yg sedia dah comel ni.Payah pulak nak turun balik nnt.
Aku rindu semuanya waktu sekolah.Yela tahun depan dah tingkatan 4 mesti ramai pindah dan aku rasa lah jugak sebak dia.yela , 3 tahun bersama bila pindah semua nak jauh-jauh. Risau pula bila nnt tak berhubung.Dan yang paling aku konfius sekrg ni, apa cita-cita aku. aku pun tak pasti dan kdg tu mula hilang identiti. 
J , apa khabar kau sekarang. Dimana  kau sekarang. Bahagiakah kau sekarang. Aku ada try call kau tapi peti suara yang jawab. Benci sangat ke kau kat aku. Hina sangat ke aku dimata kau. Aku kuatkan hati, aku pujuk hati aku sen…

3 hari 2 malam tak cukup.Nak lagik!!

Image
Semoga hari ini memberi kita pengalaman yang manis :)
Hari ni nak cerita sikit pasal kegilaan Kem Educate Malaysia yang semakin menular ini . 2 haribulan hari tu aku ada pergi satu kem ni . Mula-mula , rasa bosan lah kan BUT at the end this is the sweetest camp Ever! Sesiapa yang tak pergi tu memang rugi sgt sgt sgt sgt . Amacam , nampak tak keseronokan kem ni :D

Kenangan. Banyak yang aku belajar dari kem ni.Yang menariknya , setiap kali satu aktiviti atau pembelajaran mesti ada game dan ofcourse ada hadiah kan. Banyak cara tepuk yang aku belajar and this is very enjoyable .Main sambil belajar , you know what ? this is what I want! 
Yang paling penting , korang boleh belajar guna kompas. kenapa? bunyi mcm bosan ke ? ehh , nanti dulu . belum cuba belum tahu tau! bosan lagi? sabar... ada lagi.. sape pernah makan ulat sagu? tak pernah kan ? aku pun tak pernah . hehe tapi di kem ni ada pelajar yang berani kan diri makan ulat sagu Malah , bukan ulat sagu je ! BIAWAK pun ada ~ 
Korang boleh…

Identiti Diri satu Perjuangan.

Image
Alhamdulillah. Sudah selesai kem anjuran RTC di UITM Seri Iskandar.3 hari 2 malam penuh dengan aktiviti ,mungkin penat tapi aku jadikan satu ilmu yang aku perlukan dalam mencari identiti diri sendiri meneruskan dunia yg hanya sementara ini.Mungkin ada tidak selesanya berada di sana , tapi syukur Alhamdulillah aku mampu mengawalnya.



Keselesaan itu pembunuh bagi pejuang yang ikhlas berjuang di jalan Allah"
Balik je dari kem tu. Aku berfikir sambil termenung dalam bas. Apabila usia menginjak dewasa , aku menyoal diri sendiri umpama kata hati berbisik laa "Kenapa semakin besar aku kian bodoh? rendah akalnya?" Kini, aku mula persoalkan. Adakah kaki adalah aurat? jadi , kita harus menutupnya sama seperti menutup kepala ? 
Ketika itu , Aku mula belajar menjadi dewasa.Namun kenapa semakin Aku dewasa makin menjadi seperti kanal-kanak? Allah sahaja yang tahu segalanya.Allahuakbar. Tak perlu disoal kenapa dan mengapa. Segala terjadi ada maksud yang tersirat Allah nak bagi.
Dalam …

PMR habis.

Image
Duapuluhsatu haribulan sepuluh. Sekarang, pmr pun dah habis. Pasca pmr pun bermula. Pelajar mula bergabung bersatu membentuk satu kumpulan. bunyi burung tidak lagi kedengaran , hanya suara bergelak tawa yang kedengaran.
19 Oktober , sekolah menganjurkan jelajah ke SMKV Manjung. Memang perasaan gembira bercampur excited. naik bas dengan kawan-kawan , nyanyi , gelak sama-sama . memang sangat seronok.

Lepas 1jam setengah panas bontot duduk dalam bas , sampai jugak. Bila sampai tu , ada pelajar ditugaskan untuk menyambut kami. Amboi , hensem and manis manis belaka semua pelajar tu. hehe. banyak gerai gerai dari SMV di sekitar perak di padang yang menjual berbagai jenis jualan. Berkesempatan lawat bengkel sekali elektrik dan elektronik.


Okay dah habis. sangat seronok. Kolej vokasional ni 70 peratus praktikal . Dan belajar 4 tahun terus dapat diploma. kira untunglah , tapi kalau nak sambung belajar kena ambik jurusan yg kita belajar time sekolah vokasional tu lah..okay tata ~


Impian hanya mimpi.

Image
Dua Puluh haribulan sembilan .online saje.Sambil dengar lagu dan berangan. Aku selalu berangan aku boleh buat macam-macam . Antaranya , Main silat , lumba lari , dan buat jungle trekking dan macam -macam lagi lahh.
Tapi , aku tak mampu . Sebab apa ? Sebab aset lemak yang aku ada. Ada juga kdang-kadang tanya pada diri , bila nak kurus?
Aku dah usaha tapi mcm cepat sangat putus asa . Mungkin suatu hari nanti . InsyaAllah . Dan aku Yakin Allah tahu kenapa bukan sekarang :)
Allah did not promise that life would be easy,but He did promise to always be beside you,in every step of your life =)

4 September 2012

Image
Hari Selasa malam khamis , aku duduk dan cuba tenangkan resah yang ada.  Aku cuba hilangkan kau jauh dari minda.  Tapi... setiap kali aku cuba , kau makin dekat .
Dah lama tak dengar cerita kau. Aku try contact kau tapi aku rasa macam kau dah tukar nombor je.Takpe , mungkin Allah sengaja bagi jalan cerita drama percintaan aku lebih mencabar . Adventures gituu kan nyah :D
Percubaan Penilaian Menengah Rendah hari tu aku dapat 4B4C . Aku cuba cuma aku kena tingkat usaha lagi . berlipat kali kali kali ganda lagi kalau nak berjaya .Kawan pesan kalau nak mohon asrama aku patut isi je semua borang .Jangan bergantung pada satu je .Yelah , aku pun nak merasa tinggal asrama macam abg kembar aku .
Okay dah takde topik . okay ciao..

19 Ogos 2012 :)

Image
Today is raya. Selamat hari raya ,maaf zahir dan batin :)
Tema tahun ni coklat sama macam tahun lepas. tahun ni beraya ketiadaan mak dan ayah sebab mak kerja dan ayah pula sibuk. Alhamdulillah ,gua ada abg-2 untuk menjaga gua yang comel ni .hihi. Sembahyang raya dekat sini pukul 9:30 , lambat sgt . lepas je sembahyang kami bersalaman macam biasa rutin setiap raya .And then bergambar :)
Gua beraya ikut sedara mara gua . Alhamdulillah rezeki gua dpt duit raya banyak .Nasib gua sekolah lagi , kalau dah tua mana nak dpt duit raya byk ni.hari ni banyak gila gua makan habis semua diet gua lebuh ~ Tapi takpe , insyaAllah tak kemana :)
Biasalah bila raya kemana pun pergi mesti nampak lelaki pakai baju melayu .And ofcourse aku teringat "dia".ye dia yang dulu tu. Gua cuba .... bukan gua tak cuba... tapi ingatan gua kuat sgt pasal dia. Walaupun gua tahu dia dah bahgia dgn awek dia .mungkin korang ingt aku terhegeh-hegeh kat mamat tu kan.Sebenarnya gua tak mintak jadi macam ni... tapi aku …

16 Ogos 2012

Image
Ya Allah , Tunjukkanlah jalan seandainya aku hilang.
Semalam aku kelukaan, Kecewa kehampaan, Mencalar ketabahan, Impian seringku harapkan menjadi kenyataan Namun tak kesampaian,

Allah… Inginku hentikan langkah ini Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan Semangat tenggelam lemah daya, Haruskah aku mengelamun jiwa Ku berbisik inilah dugaan.

Hidup adalah ujian. Maka, jangan letih, jangan mengeluh. Jangan pernah terfikir untuk berputus asa. Ujian itu sekolah kehidupan. Sekali tersungkur bukan bermakna kita diciptakan untuk tersungkur selama-lamanya. 
Tetapi, biarlah sekali itu cukup untuk memberikan kita satu pengajaran yang benar-benar terkesan dalam diri dan hati kita. Sekali kita kecewa bukan bermakna kita kecewa selama-lamanya. Cukuplah kecewa yang sekali itu dan tukarkanlah ia menjadi sebuah kegembiraan suatu hari nanti. 

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan…

13 Ogos 2012.

Image
13 Ogos 2012. Hari demi hari yang aku lalui dengan keriangan yang sentiasa terpancar di wajah .Sekarang ni masa belajar bukan bercinta ye zimah.Jangan install lagi software cinta dengan yang bukan mahram sebab nanti software tu akan corrupted dan ada virus.Karang bila install awal-awal, macam-macam virus ada. So kena ada antivirus that is IMAN antivirus ;)
Tapi... 
Soal hati memang paling payah nak jaga. Kalau kau tak kuat, memang kau boleh jatuh. Even kau berkopiah, berjubah, bertudung labuh. Possible je. Sebenarnya bila ada feeling macam tu, aku sendiri rasa tak sedap. Ye aku tahu, memang best tapi ia tetap tak best kalau benda tu kita teragungkan terlebih dahulu daripada cinta Allah. Series, macam berdosa pulak. 
Ini bermaksud, bila kau dah jatuh cinta dengan someone, makin kuat kau kena jaga hati kau sendiri dari terjebak mengingatinya. Bukan halal lagi kau nak contact-contact. Bukan boleh kau nak text sesuka hati. Selagi mana kamu belum lagi diijabkabulkan, selagi itulah kita kena k…

Rindu sebenarnya :)

Image
10 Ogos 2012. Aku pegi majlis berbuka di sekolah , Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Percubaan PMR pula, boleh tahan lah keputusannya.Cukup-cukup makan dan minum sikit. hehe.Dah nak raya , tak sabarnya. Boleh berkumpul ahli keluarga lepastu bergambar reramai .
Awak.awak sihat? :)
Rupanya macam ni payahnye rasa nak lupakan seseorang yang dah sentuh hati kita lepas tu dia blah mcm tu je. dah nak dekt 8 bulan aku cuba. Aku tunggu dengan penuh sabar.Tapi hampa , tiada sebarang kesan .Mungkin benar, awak tak buta mata tapi awak buta hati. 
As they wish before, IF time can be restart ..But IF is still IF. Dua tahun dan akhirnya baru aku tahu yang api dan api takkan mungkin bersama .Tidak mengapa , aku pasti ade sang air yang mampu menawan hati ini suatu hari nanti .Masih terkenang perbuatan awak dekat saya. Duakali hati ni rasa macam berhenti berdegup untuk DUA kali! Tapi..... ‎" aku percaya Dia ada alasan yang hebat untuk setiap perkara yang berlaku . dan aku percaya juga setia…

Aku remaja punya banyak krisis *---*

Image
Remaja.  Yang sering keliru . Yang sering diabaikan . Yang sering dipandang ringan . Oleh sebab itu Jiwa remaja memberontak .
Ya.Mungkin kita tak berada di tempat remaja itu sendiri. Tetapi jauh di lubuk hatinya , dia memerlukan seseorang untuk meluahkan isi hatinya yang sedang memberontak atas sebab tertentu.Dia juga memerlukan seseorang untuk memujuk hatinya yang sedang berduka pabila diabaikan. Oleh sebab itu , remaja sekarang lebih rapat dan mudah terpengaruh dengan kawan sebaya tanpa mengenal baik dan buruknya :)
Ya. Aku remaja. Aku sendiri keliru tentang identiti aku . Aku keseorangan tanpa ada manusia yang memujuk hati aku .Hanya Allah tempat aku mengadu dan bergantung .Adakah aku juga perlu menjadikan jiwa aku memberontak dan melakukan perkara tidak sepatutnya utk mendptkan perhatian ? Ya.hanya secebis perhatian .
 Aku Buntu . Dan aku berasa sangat beruntung . Mujur seorang manusia mampu memahami hati ini .Dan sebagai seorang sahabat dan juga kakak , aku selalu meminta nasihat dia . I…

Cinta vs Jodoh . Apa tu ??

Image
Alhamdulillah , online sebentar bersama lagu korea.Baru lepas balik dari Solat Hajat di SMK Pinji untuk pelajar PMR dan SPM seperti gua .Solat hajat kali ni berbeza dari tahun sebelumnya sebab buat dekat dataran ilmu dan bukan di surau sekolah.Bila buat di dataran ilmu bru terasa mcm kita nak pergi berperang dan memang padanlah dgn niat kita yang berjuang untuk mendptkan ilmu Allah S.W.T .InsyaAllah Boleh ^__^
Waktu nak balik sekolah tadi,gua dgn mak gua dalam kereta terdgr radio.Seorang lelaki menelefon radio berkenaan dan berkata : "saya tak cintakan isteri sy sbb kami berkahwin tanpa ada rasa cinta. Dulu sebelum kawen,saya ada makwe tapi makwe saya tipu saya dan tinggalkan sy mcm tu je . Sejak itu saya dah tak percaya cinta lagi . Selepas berkawen dgn isteri sy , dia kata "Kadang-2 Allah sembunyikan matahari, DIA dtgkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya kemana matahari ? rupa-rupanya... Allah hendak beri kita Pelangi Indah :) " Sekarang ni sy amat amat syg dan cinta…

Biar dia tahu .... aku tak kesah

Image
"Pada saya, biar dia salah sangka, biar dia salah anggap, biar dia salah menduga, biar dia tahu yang buruk, sebelum mengharap yang baik-baik. Kalau dia ikhlas, dia akan sedia menerima kekurangan yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna. Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini. Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu. Biar dia tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan. Biar dia tahu. Biar dia buat keputusan. Supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak.”
Aku lebih selesa dilihat sebagai diri yang tak sempurna, biarlah mereka tahu aku tidak tahu itu tidak tahu ini . I'm glad to be me even it's hard to be me. =)
Jika kita sdg cuba utk mengubah org yg kita cintai menjadi sprti apa yg kita inginkan, kita bersalah sebab kita nak ubah org tu jadi acuan kita, biarkan dia menjadi …