Posts

Showing posts from 2011

Kata Hati #1

Image
Sudah lama tak menulis dekat blog . rindu nak menulis tapi tak tahu apa yang hendak ditulis . Dulu boleh lah tidur  3 4 pagi layan game pool . sekarang ni nak sekolah kena belajar tidur awal balik . Sibuk dengan persiapan sekolah . Rasa tak sabar nak berjumpa kawan-kawan . Rindu . Teringat pula budak perempuan bernama Sofia .    Kesian dia menjadi mangsa usikan saya waktu kenakalan saya memuncak . Dalam cuti sekolah ni saya rasa saya sayang Sofia tu sangat-sangat . Mungkin dia yang boleh buat saya tersenyum  . Mungkin 2012 ni saya akan berubah . Mungkin tidak akan mengusik dia tapi melindungi dia . Rindu Sofia .
Bila semua hajat sudah ditunaikan senyum lebar tidak pernah lekang dibibir . terima kasih mak sebab belikan beg baru . Tetapi disetiap kegembiraan pasti ada kesedihan . Semalam , Sekali lagi saya menangis disebabkan oleh salah seorang anggota keluarga saya . Tapi itu tidak pernah mengikis kasih sayang  saya didalam keluarga ini .Realitinya hari ini saya dan keluarga boleh terse…

Orang boleh kata tapi kita yang rasa ...

Saya rasa nak beritahu sesuatu . Rilek dulu . #menarik nafas

Ingatkan sudah saya temui diri ini yang sebenar  . Rupanya masih belum kutemui . Keyakinan yang dahulu menjadi kekuatan dan benteng semangat telah berkecai dipukul ombak rindu . Saya masih lagi berfikir dan tidak berhenti otak ini berfungsi untuk mencari dimana Diri yang dahulu penuh keceriaan dan keyakinan .

Senyuman kini hanyalah pameran dan tidak lagi bermakna . Walaupun jiwa tetap memberi semangat . Ianya berkesan hanya sementara . Selepas itu Semangat itu hilang kembali .

Terkadang rindu di hati aku simpan dan tidak mahu aku luahkan . Aku berpura-pura kuat dan tersenyum seperti tiada apa yang berlaku . huh... #bernafas dalam ego

senyumlah andai dirimu terluka .

Image
Senyumlah walaupun hatimu terluka atau sedang bersedih . Senyuman adalah terapi yang paling mudah dan murah untuk menyembuhkan dan meringankan kesedihan yang kau rasai .Usahlah ditangis atau diratap kesedihanmu kerana tiada siapa boleh mengubatinya melainkan kekuatan yang ada dlm diri mu sendiri . Kekuatan yang dianugerahkanNya .Tetapi , jika engkau tidak boleh menahan tangisan , lepaskanlah beban  yang terbuku didada , menangislah . Asalkan jangan keterlaluan hingga lupa padaNya .

Tak mengapa jika tiada insan menemani saat dirimu bersedih kerana percayalah
DIA akan selalu bersamamu . 
DIA takkan pernah membiarkanmu sendirian . 
DIA akan tetap selalu menjagamu . 
DIA mendengar dan melihat saat kau mengesat air matamu yang berguguran mengalir di pipi .

Kau tidak bersendirian . DIA selalu ada . Jadi , senyumlah keranaNya . Nescaya DIA akan berikan kekuatan padamu untuk mengharungi kehidupan .

Isi entry saya dapat dari blog Anna Ai sya

Impian itu ialah kejayaan .

Image
Cemburu menyelubungi diri ini .
Lalu berkata aku sendiri di dalam hati .
"Kenapa aku tak boleh menjadi seperti mereka . Mengapa aku mudah mengalah begitu saja . Apa yang aku inginkan sebenarnya " 

Aku tercari-2 diri ini . Hilang entah ke mana . Sesudah aku jumpa diri ini . Aku mencari pula kejayaan yang akan aku miliki . Berusaha untuk kejayaan itu . Kejayaan yang aku impikan selama ini . Kejayaan yang sentiasa aku simpan di hati agar suatu hari aku boleh mendapatkannya . Walaupun banyak halangan yang mendatang . Diri ini tetap ingin mencapai kejayaan itu walaupun sedang tergapai-gapai .

Harap bersama jiwa dan tidak mengikuti hati .

Image
Aku termenung . Mengingati bait-2 kata-2 kau yang kau luahkan pada aku .
Aku menangis . Dimalam hari pabila aku sedang mencari-cari ketenangan yang entah kemana .
Aku terkaku . Melihat apa akan terjadi selepas kau pergi .
Adakah aku terus Disini tanpa sebarang reaksi atau aku Terus maju mencari apa yang aku cari-2 selama ini .

Kau terus menerus membenci aku . Dan benci kau pada aku buatkan aku mula berputus asa .
Tapi .
Walaupun hati meronta menginginkan kau kembali . Jiwa tetap teguh dengan tekadnya .

Aku mula melupakan kau .
Harap diri ini setia dengan Jiwa yang teguh dengan tekadnya .


Luahan hati seorang wanita ♥